Friday, 6 April 2018


Cermin Adab hasil nukilan Norazimah Zakaria.

Sajak 1: Tun Teja dan Hang Nadim.

Tun Teja
Puteri yang cantik
Puteri yang dibawa hatinya
Oleh gerangan si perantara
Hang Nadim yang empunya nama
Penuh muslihat di dalam dada
Sekadar berniat untuk menghapus dosa
Dari murka seorang raja.

Tun Teja
Dibawa jauh dari tunangnya
Pertolongan si pelulut Hang Nadim pinta
Mohon dilembutkan hati si Tun Teja.

Demi semangat kesetiaan pada rajanya
Tun Teja dipersembahkan tanpa cacat celanya
Walau terguris murka raja Pahang
Sultan Abdul Jamal berdukacita
Memburu Hang Nadim mendapatkan Tun Teja
Alah olehnya tiada terkata
Sedih di dalam hati tidak terkira
Hebatnya Hang Nadim
Mempertahankan hak yang bukan hak rajanya
Sultan Melaka
Hingga tidak boleh diapa-apa

Namun
Perang tetaplah berperang
Mereka berperang keranamu Tun Teja
Dalam hati adakah berbunga suka
Hebatnya menjadi permaisuru Melaka.

Sajak 2: Aku..Tun Teja.

Aku
Tun Teja
Puteri yang dilarikan
Dari Pahang ke Melaka
Bagi menurut kemahuan sultan
Walau menjadi tunangan orang
Kata mereka aku diguna-gunakan
Sanggup mengikut tanpa paksaan
Maafkan aku kerana pergi
Bukan kerelaanku yang pasti
Jasadku mereka takluki

Tetapi hatiku untuk Tuhan yang abadi.