Bendahara Seri Maharaja hendak
mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar
Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi
Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan
Sultan Mahmud. Oleh yang deemikian, maka Bendahara mengahwinkan anaknya dengan
Tun Ali. Hal ini mengakibatkan Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
baginda dapat melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi
rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak buah
Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di
Melaka. Oleh sebab itu, Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah serta
meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana
hari sudah petang. Nina Sura Dewana telah memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul dengan pantas
memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Oleh itu, maka Raja
Mendeliar turut memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu
bahawa Bendahara Seri Maharaja ingin menderhaka lalu Laksamana Khoja Hassan
memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara
kerana selama ini baginda memang telah berdendam dengan Bendahara kerana
Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung,
dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud manakala Paduka Tuan dilantik menjadi
Bendahara walaupun sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah
beliau sanggup menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Akhirnya, Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad
Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap
pilih kasih.
No comments:
Post a Comment