Raja Legor ingin menyerang Pahang atas arahan raja Siam. Oleh hal yang demikian, maka Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka telah menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang walau bagaiamanapun, Pahang tidak dapat ditewaskan. Antara lain, Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara dan Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat. Dalam pada itu, kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi telah menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka. Suatu hari, Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Selain itu, Sultan Mahmud turut menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan
No comments:
Post a Comment