Sunday, 25 March 2018

BAB 11

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Walau bagaimanapun, Laksamana Khoja Hassan ke Pahang serta melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Oleh hal itu, Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Maka Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.   Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.  Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.





No comments:

Post a Comment