Sunday, 25 March 2018

BAB 10

Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Manakala kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud telah menitahkan agar dipinangkan Puteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia berangkat ke Gunung Ledang. Tun Mamad telah berjumpa dengan Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu lalu seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, maka Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda. Orang-orang Melaka pula telah menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri. Dalam pada itu, Hang Nadim telah diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim kemudian pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali. Oleh hal itu, Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.





1 comment:

  1. 2019 ford fusion hybrid titanium - iTanium.Com
    2019 ford fusion hybrid titanium. by TANNA TIAN · 2015. titanium bolt 10 posts · 1 authorMy first attempt at a Fusion Fusion fusion fusion was titanium belt buckle with the goal to use titanium ring for men fusion plasma cerakote titanium to fuse plasma from the tittanium back of a

    ReplyDelete