Sunday, 25 March 2018

BAB 9

Tun Jana Pakibul telah membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka lalu Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat Syah jatuh gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah. Apabila Bendahara Paduka Raja meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih. Suatu hari, Sultan Mahmud Syah telah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan  Mahmud Syah turut mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Disebabkan hal itu, Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud turut menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala Seri Maharaja menyerang Kelantan dan kedua-dua serangan itu berhasil memperoleh kejayaan.




No comments:

Post a Comment