RAJA CEMPA
DAN ZURIATNYA
Suatu hari, Raja
Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau
Gelang. Setelah Raja Cempa mangkat, Pau Gelang telah dilantik sebagai raja
Cempa. Cucu Pau Gelang pula berkahwin dengan puteri Majapahit, Raden Galuh
Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah. Pau Kubah telah tewas
berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke
Melaka. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal
Abidin berjaya menaiki takhta semula. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin
enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja lalu pulang ke
Melaka dengan rasa kecewa.
GEMA
PERISTIWA RAMPAS KUASA DI PASAI.
Dalam pada itu,
laksamana telah mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi
Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murka akan Bendahara tambahan lagi
Laksamana mula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Hal ini berbeza
kerana Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana
mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa
Bendahara untuk memohon maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di
Melaka.
WASIAT SULTAN
MANSUR SYAH.
Sultan Mansur
Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.
Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran
Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Wasiatnya adalah:
- Dunia tidak kekal, setiap yang hidup
akan mati.
- Iman yang sempurna dan pekerti yang baik akan
kekal disebut orang.
- Hendaklah adil.
- Jangan mengambil hak orang tanpa izin.
- Jangan lalai dari tugas (dihadap orang).
- Setiap kesukaran atau kesakitan
hendaklah ditolong.
- Setiap yang teraniaya disiasat.
- Muafakat dengan menteri dan orang besar.
- Patuh pada wasiat supaya dapat berkat.
LANGKAH
MEMBASMI PENCURI.
Sewaktu
pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, Melaka telah diancam oleh pencuri
sehingga baginda bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri
tersebut. Temenggung Seri Maharaja turut bertindak keras dengan mengetatkan
undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah melaksanakan undang-undang terhadap pencuri.
Kesalahan mencuri akan dikudungkan tangan manakala di simpang empat di tengah
negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
AKIBAT SALAM
DIBACAKAN SEMBAH.
Raja Pahlawan
dari Haru telah mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut
'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat
telah berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau
bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
GEMA
PEMBUNUHAN TELANAI TERENGGANU
Antara lain,
Raja Maluku dan Telanai Terengganu telah datang ke Melaka. Selepas Telanai
Terengganu pulang, Sultan Muhammad iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja
membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah telah mendapat tahu berkaitan perkara itu lalu
menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad
membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga
ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu dan Laksamana Hang Tuah ke Pahang serta menyuruh
orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya
tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan
mengatakan Telanai Terengganu telah berlaku biadap.
No comments:
Post a Comment