Sunday, 25 March 2018

BAB 7

PERTARUNGAN HANG TUAH-HANG JEBAT
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan Mansur Syah terkenang akan Hang Tuah kerana tidak ada sesiapa yang berjaya serta mampu menewaskan Hang Jebat. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja menjelaskan kepada raja bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hasil kejayaan itu, Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.


ISTANA SULTAN MANSUR SYAH TERBAKAR
Sultan Mansur Syah telah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar membuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.


RAMALAN BENDAHARAN PADUKA RAJA
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja untuk menjaga anak-anaknya dan Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghulu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.


AKIBAT TIADA MENYEMBAH KE MELAKA
Dalam pada itu, Melaka kemudian menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.


SESUDAH KAMPAR, SIAK PULA
Seterusnya, Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara berjaya ditawan. Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.


DITOLAK BUMI MELAKA
Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Oleh sebab itu, Sultan Mansur Syah telah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tiada yang  menyembah Raja Muhammad di Melaka.


DISURUH MEROMPAK KE UJUNG TANAH
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki untuk merompak dan mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki telah merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh laksamana menghalang Semerluki. Maka orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka terbunuh. Walau bagaimanapun, laksamana berjaya menewaskan Semerluki. 


KITAB DURI'L MAZLUM
Dalam pada itu, Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah turut menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi merujuk masalah agama serta masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.




No comments:

Post a Comment