Sunday, 25 March 2018

BAB 6


MALANG MEMBAWA TUAH
Seorang penyadap telah menjumpai seorang budak yang hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya. Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami agar dapat menjadi Betara Majapahit. Dalam pada itu, penyadap  turut membayangkan bahawa Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.



BAKAL RATU MAJAPAHIT
Pada hari pemilihan calon suami, maka Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Oleh hal itu, penyadap  mula menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada dan satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.



MENJALIN MUHIBAH MELAKA-MAJAPAHIT
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan Melaka telah sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaiannya. Tun  Bija Sura turut dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Akhirnya, Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.


  
HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Antara lain, kuda Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah turut difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, Seri Nara Diraja telah menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun. Dalam pada itu, orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.




PERHUBUNGAN DENGAN NEGERI CHINA
Raja benua China telah menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang sarat dengan jarum. Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya. Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur kacanya. Raja China meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. Tun Perpatih Putih menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka.



PUTERI RAJA CHINA KE MELAKA
Puteri Hang Liu pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.



KEDAL KERANA TULAH

Di samping itu, Raja China telah mendapat sakit kedal dan setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah maka ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.






3 comments: