Sunday, 25 March 2018

BAB 5

Sultan Muzaffar Syah telah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak turut membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Manakala Awi Cakri pula telah menyerang Melaka tetapi beliau tidak dapat menewaskan Melaka. Setelah itu, Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga dilantik menjadi menteri.  Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan hal ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakala Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.  Siam telah menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak kemudian meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai menyebabkan Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam manakal Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden dari  Melaka dan Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan takhtanya digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang InderaPura. Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura telah ditangkap dan puteri baginda iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah. Setelah itu, Sultan Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam manakala Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.




2 comments:

  1. Good💪👍...tertarik juga dengan background blog ni.hehe..kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga nota ini dapat membantu anda

      Delete