Raja Iskandar
Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi
tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja Iskandar
Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan
mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran, iaitu keturunan
Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin
menyerang China untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga
Negara dalam perjalanannya ke China dan telah berjaya menewaskan Raja Gangga
Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja
Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja
Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang Kiu. Apabila Raja Suran berada
di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang
tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah
kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran
turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan
Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga
orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja
Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan
Tq share
ReplyDeletealhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteGood knowledge.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteJalan cerita yang teliti dan menarik minat untuk saya membaca bab seterusnya🙌👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
Deleteterima kasih. semoga ianya membantu!
DeleteTerbaikkk !!
ReplyDeleteGood job👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTq gaiss...info yg mnrik👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTerima Kasih kerana sudi datang ke blog kami :)
ReplyDeletePerkongsian sinopsis perbab yang sangat padat. Terima kasih..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
Delete