Anak-anak Raja
Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama,
dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki
lembu putih. Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu
malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya
menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa. Daripada peristiwa itu, telah
terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.
Lembu putih yang dinaiki oleh anak-anak Raja Suran telah memuntahkan buih lalu
keluarlah seorang lelaki yang diberi nama Batala. Nila Pahlawan menjadi raja di
Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura manakala Nila
Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama atau Seri Teri Buana
ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi ayahnya Demang Lebar Daun mahu
berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga
perhubungan di antara raja dengan rakyat. Maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna
Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya itu tidak kedal
(penyakit gatal-gatal). Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di
Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana
kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan dan Seri: Teri
Buana terlihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Walau
bagaimanapun, kenaikan(bahtera) Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan
ke Temasek dan ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Setelah itu, Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama
Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja
Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
Ringkas dan padat �� semoga sentiasa sukses.
ReplyDeleteTerima kasih. Sama sama lah kita berjaya sis
DeleteTerima kasih,memudahkan saya membuat rujukan
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bermanfaat yee
DeleteSeronok baca.terbaik ๐
ReplyDeleteTerima kasih ye
DeleteTeringat kembali komsas tingkatan 6๐
ReplyDeletehehehehe. Terima kasih
DeleteMudah difahami dan seronok dibaca!๐๐
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga membantu
Delete