BAB 1
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Makaduniah, Rom
|
Tanah jajahan Raja Iskandar
Zulkarnain
|
Negara Cina
|
Negeri yang mahu ditakluk oleh
Raja Iskandar Zulkarnain
|
Temasik, negara Gangga Negara
|
Kawasan tawanan Raja Iskandar
Zulkarnain
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang mengamalkan adat
peminangan
|
Raja Suran berjumpa Raja
Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Melalui hasil perkahwinan
mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita
dan Nila Utama
|
Masyarakat yang mementingkan
penaklukan sesebuah negeri demi kepentingan diri
|
Raja Suran menakluki semua negara
kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam
perjalanan itu, baginda juga sempat menawan negara Gangga Negara. Penaklukan
ini dilakukan bagi meluaskan pengaruh sesebuah kerajaan dan juga meluaskan
pengaruh ekonom yang sedia ada
|
Masyarakat yang mempunyai jurai
keturunan yang kuat bagi melansungkan pemerintahan sesebuah negeri
|
Iskandar Zulkarnain telah
mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu
juga lahirlah Raja Suran sehingga Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi
Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak
lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama
|
BAB 2
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Bukit Si Guntang
|
Tempat dimana Tiga orang anak Raja
Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor
lembu jantan berwarna putih
|
Kerajaan Minangkabau
|
Kerajaan yang dirajakan oleh Nila
Pahlawan
|
Temasik
|
Tempat Raja pertama Singapura
ditabalkan iaitu Seri Teri Buana
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang berpegang kepada
Waad
|
Demang Lebar Daun mahu berwaad
dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan
di antara raja dengan rakyat
|
Masyarakat yang mengamalkan anak
angkat
|
Seri Teri Buana keluar mencari
negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak
angkat
|
Masyarakat yang berpegang kepada
ilmu kesaktian
|
Penduduk di Minangkabau mahu
menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti
Mona supaya kekal berkerajaan di Minangkabau
|
BAB 3
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Benua Keling
|
Seri Teri Buana menghantar
rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk
anakanda baginda, Raja Kecil Besar
|
Singapura
|
Kerajaan yang dirajakan oleh Nila
Pahlawan Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan
bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus,
nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang"
|
Semundra
|
. Merah Silu telah bermimpi bahawa
Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang mengamalkan adat
peminangan
|
Seri Teri Buana menghantar
rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk
anakanda baginda, Raja Kecil Besar
|
Masyarakat yang mengamalkan sistem
pentadbiran dalam kehidupan
|
Paduka Seri Pikrama Wira pula
melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri,
Penghulu Bendahari, dan hulubalang
|
Masyarakat yang mempunyai pelbagai
bakat
|
Betara Majapahit telah menghantar
utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa
panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung
seperti subang"
|
BAB 4
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Singapura
|
Beberapa peristiwa penting berlaku
di Singapura sehingga tercetusnya peperangan secara besar-besaran
|
Melaka
|
Peristiwa perebutan takhta dan
juga kuasa banyak berlaku di sekitar negeri Melaka
|
Muar
|
Tempat Raja Iskandar Syah
melarikan diri setelah Singapura dikalahkan oleh Majapahit
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang mempunyai kuasa
sakti yang dapat menandingi kehebatan Raja
|
Tuan Jana Khatib telah menilik
batang pinang sehingga terbelah dua sewaktu beliau lalu menghampiri istana
Raja
|
Masyarakat yang terjebak dalam
peperangan
|
Peperangan berlaku dan Singapura
dapat dikalahkan oleh Majapahit lalu Raja Iskandar Syah melarikan diri ke
hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri telah bertukar menjadi batu
|
Masyarakat yang tidak
berperikemanusiaan
|
Seorang budak lelaki telah mencadangkan
agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan gagasannya
menghasilkan kejayaan dibunuh tanpa belas kasihan kerana disangkakan akan
melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti
|
BAB 5
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Sultan Muzaffar Syah telah
mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam. Awi Cakri pula telah menyerang
Melaka tetapi beliau tidak dapat menewaskan Melaka
|
Inderapura
|
Sultan Mansur Syah
menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang InderaPura
|
Siam
|
Sultan Mansur Syah berkeinginan
untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun
Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka
berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang pandai dalam
strategi peperangan.
|
Tun Perak turut membawa angkatan
dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali
|
Masyarakat yang bijak dalam
menghadapi masalah
|
Sultan Muzaffar Syah menceraikan
isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan
untuk mendamaikan Tun Perak dan Seri Nara Diraja
|
Masyarakat yang memegang jawatan
kepimpinan
|
Tun Perak menjadi Bendahara dengan
gelaran Bendahara Paduka Raja manakala Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja,
memegang jawatan Penghulu Bendahari
|
BAB 6
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Tempat asal Sultan Mansur Syah.
Kebanyakan kisah berkaitan dengannya berkisarkan di Melaka
Tempat Hang Tuah dibunuh juga di
Melaka
|
Majapahit
|
tempat di mana penyadap mahu
menjadi Betara Majapahit tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik
penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada, maka satu jawatan baru yang setaraf
dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara
|
China
|
Puteri Hang Liu pula telah
berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai
dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang bijaksana
|
Orang-orang Melaka yang diketuai
oleh Tun Perpatih Putih membuat helah agar dapat melihat wajah raja China
setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat
|
Masyarakat yang setia terhadap
raja
|
Pembesar diraja menurut perintah
Sultan Mansur Syah iaitu Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pergi menghadap
raja China menghantar sembah baginda
|
BAB 7
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Kawasan pemerintahan Sultan Mansur
Syah
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang taat kepada raja
|
Rakyat menurut perintah Sultan
Mansur Syah dengan membina istana baharu untuknya apabila istana raja musnah
dalam kebakaran.
ii) Masyarakat yang rajin belajar.
Pembesar diraja turut mengikuti Sultan Mansur Syah yang berguru dengan
Maulana Abu Bakar belajar tentang Kitab Duri’l Mazlum
|
BAB 8
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Cempa
|
Tempat asal Syah Indera Berma
|
Melaka
|
Negeri pemerintahan Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah setelah kemangkatan Sultan Mansur Syah
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang setia kepada
sultan
|
Orang-orang Melaka membantu Sultan
Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula
|
Masyarakat yang hilang kesabaran
|
Raja Pahlawan dari Haru telah
mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai
orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menitahkan
pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat telah
berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau
bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru
|
BAB 9
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Siak
|
Laksamana Hang Tuah dihantar ke
Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa
memberitahu ke Melaka
|
Melaka
|
Tun Isap pulang ke Melaka dan
dibunuh oleh Seri Wak Raja
|
Manjong
|
Sultan Mahmud turut menitahkan
Paduka Tuan menyerang Manjong
|
Kelantan
|
Seri Maharaja menyerang Kelantan
atas arahan Sultan Mahmud
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang saling membunuh
|
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun
Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang
ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
|
Masyarakat yang taat setia terhadap raja
|
Sultan Mahmud gering dan dijaga
oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah
|
BAB 10
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Surabaya
|
Tempat asal Patih Adam
|
Melaka
|
Patih Adam ke Melaka dan
menimbulkan krisis kerana ingin berkahwin dengan anak Seri Nara Diraja
|
Gunung Ledang
|
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang
Setia berangkat ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang
|
Inderagiri
|
Tempat asal Sutan Nara Singa
|
Benua Keling
|
Hang Nadim telah diarahkan ke
benua Keling untuk membeli kain serasah
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang berpegang pada
janji
|
Patih Adam menuntut janji daripada
Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda
tetapi Seri Nara Diraja menafikannya
|
BAB 11
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri
Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda
|
Pahang
|
Hang Nadim ditiahkan ke Pahang
untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang suka mengambil hak
orang lain
|
Setelah Seri Wak Raja pulang dan
memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun
Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke
Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka
|
Masyarakat yang suka mengambil
kesempatan
|
Raja Zainal iaitu adinda kepada
Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis
dan perempuan di Melaka
|
BAB 12
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Cau Seri Bangsa memohonkan nobat
di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat
|
Pahang
|
Raja Legor ingin menyerang Pahang
atas arahan raja Siam. Oleh hal yang demikian, maka Bendahara Seri Maharaja
dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang
|
Pasai
|
Sultan Mahmud turut menitahkan
Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan masalah itu
diselesaikan oleh Tun Hassan
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang suka menyerang
negeri orang lain
|
Orang Peringgi datang 2 kali untuk
menyerang Melaka
|
Masyarakat yang mementingkan agama
|
Sultan dan rakyat biasa yang
bergurukan seorang maulana untuk mempelajari soal agama
|
Masyarakat yang tidak menghormati
golongan pembesa
|
Dua orang pembesar telah dibunuh
kerana berkelakukan biadap di depan Bendahara
|
BAB 13
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Anak-anak buah Tun Hassan
Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang merendah diri
|
Bendahara Seri Maharaja tidak
menunjukkan anaknya Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud kerana merasakan
darjatnya tidak sama
|
Masyarakat golongan atasan yang
menyimpan dendam
|
Sultan Mahmud berdendam dengan
Bendahara Seri Maharaja kerana tidak menunjukkan kepadanya terdahulu wajah
Tun Fatimah
|
Masyarakat yang mengamalkan amalan
rasuah
|
Raja Mendaliar telah merasuah
Laksamana Khoja Hassan lalu mmemberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja
hendak menderhaka kepada sultan
|
Masyarakat yang suka membuat
fitnah
|
Si kitul telah membuat fitnah
terhadap Bendahara Seri Maharaja bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah
Bendahara Seri Maharaja
|
Masyarakat yang tidak taat kepada
suami
|
Tun Fatimah tidak pernah senyum
dan menggugurkan kandungannya setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud
|
BAB 14
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Melaka
|
Peringgi mula menyerang Melaka di
bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke
atas Melaka gagal
|
Pahang
|
Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud
akhirnya melarikan diri hingga ke Pahang
|
Bintan
|
Peringgi menyerang Bintan.
|
Kampar
|
Sultan Mahmud terpaksa berundur
hingga ke Kampar
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang masih berperang
|
Antara orang Peringgi dengan orang
Melaka di negeri Melaka
|
Masyarakat yang mempunyai
kepercayaan
|
Orang Melaka telah membaca sebuah
Hikayat Muhammad sebelum beperang yang dipercayai boleh membantu semasa
berperang
|
Masyarakat yang tidak mampu
pertahankan negeri
|
Sultan Mahmud telah melarikan diri
ke Kampar setelah diserang oleh orang Peringgi
|
BAB 15
LATAR
TEMPAT
|
CONTOH
|
Kampar
|
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah
meninggalkan Kampar menuju ke Pahang serta berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi,
anak Sultan Mansur Syah
|
Seluyut
|
Sultan Muzzafar Syah menggantikan
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri
bernama Seluyut
|
Negeri di Batu Sawar
|
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar
|
Negeri Makam Tauhid
|
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri'ayat Syah membuka negeri di Makam Tauhid
|
LATAR
MASYARAKAT
|
CONTOH
|
Masyarakat yang sering berpindah
negeri dan buka negeri baru
|
Seperti Sultan Alaud’Din Ri’ayat
Syah telah membuka sebuah negeri di Kuala Johor dan Raja Martgsur telah
berpindah ke negeri di Pasir Raja dan menjadi pemerintah negeri tersebut
|
Masyarakat yang saling mencintai
|
Perhubungan antara Sultan
Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan isterinya Raja Kesuma Dewi sehingga mereka
bergelar suami isteri dan mempunyai seorang anak
|
Masyarakat yang sering kali
bertukar pemerintah
|
Seperti pemerintahan di negeri
Melaka yang bertukar-tukar sultan untuk memerintah kerana adanya sultan yang
melarikan diri atau turun takhta
|
maklumat yang sangat jelas dan mudah difahami👍
ReplyDeleteterima kasih. semoga ianya membantu!
DeleteTerima kasih, harap dapat memberikan manfaat
ReplyDeletepenerangan isi yang cukup jelas dan mudah difahami,good job!
ReplyDelete