Thursday, 24 May 2018

WATAK DAN PERWATAKAN


BAB 1
WATAK
PERWATAKAN
Raja Iskandar Zulkarnain
  • Keturunan Rom
  • Memerintah negeri bernama Makaduniah
  • Bergelar Raja Iskandar Zul-Karnain
  • Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
  • Menakluki banyak negeri  = negeri Kida Hindi dan mengislamakan negeri tersebut
  • Seorang raja adil dan bertimbang rasa. Misalnya menaikkan semula Raja Kinda Hindi di atas takhta   setelah menawan negeri itu.
  • Berkahwin dengan Puteri Syahrul-BAriyah , puteri Raja Kida Hindi
  • Mendapat seorang putera,  Raja Aristun Syah, jurai keturunan hingga kepada Raja Suran

Puteri Syahrul Bahriah
  • Merupakan isteri kepada Raja Iskandar Zulkarnain kemudian tidak lama selepas itu ditinggalkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain di negeri Kida Hindi semasa pengembaraanya untuk melihat matahari terbit

Aristun Syah 
  • Merupakan anak kepada Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul Bahriah 

Raja Suran
  • Putera kepada Tersi Berderas dan puteri RAja Sulan dari negeri Amdan Negara
  • Raja yang gagah perkasa. Ketua angkatan perang yang gagah berani menawan negeri Gangga Negara
  • Memiliki kesaktian. Boleh berhubung dengan makhluk halus seperti jin dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut
  • Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan angkatannya dan membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauH

Nila Pahlawan
  • Zuriat kepada Raja Suran dan Puteri Mahtabul Bahri

Krisna Pandita
  • Zuriat kepada Raja Suran dan Puteri Mahtabul Bahri

Nila Utama
  • Zuriat kepada Raja Suran dan Puteri Mahtabul Bahri




BAB 2
WATAK
PERWATAKAN
Wan Empuk Wan Malini
  • Seorang yang baik hati menjadikan peristiwa yang menimpa padinya sebagai satu perkenalan bersama anak-anak Raja Suran

Seri Teri Buana
  • Raja Singapura yang pertama

Demang Lebar Daun
  • Raja Palembang, di tanah Andalas, berasal daripada cucu Raja Suran. Puteri bernama Raden Ratna Cendera Puri
  • Setia kepada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
  • Menjemput ketiga-tiga putera Raja Suran di Bukit Si Guntang bersemayam di istana Palembang
  • Berusaha menabalkan putera-putera Raja Iskandar Zul-Karnain 

Wan Seri Beni
  • Mak angkat kepada Seri Teri Buana




BAB 3
WATAK
PERWATAKAN
Seri Teri Buana
  • Ayahanda kepada Raja Kecil Besar, menghantar rombongan meminang Puteri Nila Pancadi di benua Keling.

Paduka Seri Pikrama Wira
  • Merupakan Raja Kecil Besar yang menjadi sultan bagi menggantikan ayahanda baginda

Betara Majapahit
  • Merupakan orang yang menghantar utusan bingkisan sekeping tatal tujuh depa panjang ke Singapura

Raja Muda
  • Menggunakan gelaran Seri Rakna Wikrama sebagai raja Singapura

Badang
  • Merupakan seseorang yang kuat apabila memakan muntah hantu dan berjaya mengalahkan Nadi Bija Niakra iaitu seorang pahlawan dari benua Keling

Paduka Seri Maharaja
  • Sultan yang menggantikan raja Seri Rakna Wikrama setelah kemangkatan baginda

Merah Silu
  • Merupakan seseorang yang mempunyai sakit cacing gelang-gelang tetapi apabila direbus akan bertukar menjadi emas. Menamakan sebuah tempat sebagai Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya. 
  • Memasuki Islam dan menjadi raja di Semundra dengan memakai gelaran Sultan Maliku's-Salleh

Sultan Maliku't-Tahir
  • Merupakan anakanda kepada Sultan Maliku's-Salleh (Merah Silu) dan menjadi raja di Pasai bersama Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya

Sultan Maliku'l-Mansur
  • Merupakan anakanda kepada Sultan Maliku's-Salleh (Merah Silu) dan diwasiatkan supaya menjadi raja di Semundra setelah kemangkatan ayahandanya

Raja Syahru'n-Nuwi
  • Merupakan raja yang memerintahkan Awi Dicu untuk           menangkap raja Pasai (Sultan Maliku't-Tahir)




BAB 4
WATAK
PERWATAKAN
Tuan Jana Khatib
  • Seorang yang memiliki kuasa sakti yang luar biasa tetapi kelebihannya itu amat dicemburui oleh Paduka Seri Maharaja sehingga sanggup membunuhnya

Paduka Seri Maharaja
  • Seorang raja yang dihormati masyarakat tetapi sering berlaku zalim terhadap individu yang mempunyai kelebihan tertentu

Raja Iskandar Syah
  • Seorang raja yang telah ditentang oleh Sang Rajuna Tapa kerana anaknya difitnah dan dihukum oleh raja. Akibatnya kerajaan Singapura runtuh

Sultan Muhammad Syah
  • Seorang raja yang mempunyai sifat integriti yang tinggi serta mampu menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan terkenal semasa pemerintahannya.




BAB 5
WATAK
PERWATAKAN
Sultan Muzaffar Syah
  • Seorang sultan yang bertanggungjawab dalam memimpin Melaka sehingga sanggup menceraikan Tun Kudu demi Seri Nara Diraja

Tun Perak
  • Seorang pahlwan yang berani dalam mempertahankan Melaka dari serangan Siam
  • Beliau juga seorang yang bijak kerana membawa angkata dari Kelang bersama anak isteri mereka yang dapat memberikan lebih semangat untuk berperang
  • Menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Tun Perak

Awi Cakri
  • Mengetuai serangan dari Siam ke Melaka

Seri Nara Diraja
  • Nama sebenar beliau ialah Tun Ali
  • Memegang jawatan Penghulu Bnendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja
  • Bermusuhan dengan Tun Perak dan berkahwin dengan Tun Kudu

Tun Kudu
  • Merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah tetapi diceraikan untuk mendamaikan antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja

Sultan Mansur Syah
  • Merupakan anakanda kepada Sultan Muzaffar Syah yang menggantikan ayahandanya yang telah mangkat dan mentadbir Melaka

Raja Indera Pura
  • Merupakan raja di Indera Pura
  • Mempunyai seorang anak perempuan iaitu Onang Sari

Menteri Jana Putera & Tun Telanai
  • Merupakan orang suruhan Sultan Mansur Syah ke Siam bagi mengelakkan peperangan




BAB 6
WATAK
PERWATAKAN
Sang Aji Jaya Ningrat
  • Seorang yang menepati janji. Walaupun beliau tidak memberikan jawatan yang penyadap mahukan, tetapi beliau tetap memberikan jawatan yang setaraf dengan Patih Aria Gajah, iaitu Patih Adi Kara

Sultan  Mansur Syah:

  • Seorang yang tetap pendirian
  • Beliau tetap mahu berkahwin dengan Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma
  • Beliau menyuruh pembesar menghantar rombongan ke Majapahit
  • Seorang yang mulia. Raja China telah mendapat sakit kedal dan setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah maka ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka

Hang Tuah
  • Setia kepada raja. Menyelamatkan kuda sultan yang jatuh ke telaga tahi

Tun Perpatih
  • Seorang yang bijaksana mencipta helah untuk meliat wajah raja China. Meminta agar dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang kepada raja China. Untuk makan, dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi




BAB 7
WATAK
PERWATAKAN
Hang Jebat
  • Tegas dalam menetapkan pendirian. Ingin membalas dendam terhadap orang yang membunuh Hang Tuah

Hang Tuah
  • Setia kepada raja walaupun terpaksa menewaskan Hang Jebat

Seri Nara Diraja
  • Jujur dan berterus-terang kepada Sultan dengan memberitahunya bahawa Hang Tuah masih hidup. Begitulah Hang Jebat ditewaskan

Sultan Mansur Syah
  • Rajin dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau belajar tentang Kitab Duri’l Mazlum dengan bergurukan Maulana Abu Bakar




BAB 8
WATAK
PERWATAKAN
Sultan Mansur Syah
  • Mengambil berat terhadap masa depan anaknya sehingga beliau menulis wasiat sebelum meninggal dunia yang penuh dengan nasihat buat anaknya, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
  • Tekad mengatasi jenayah mencuri yang sering berlaku di kawasannya.

Sultan Muhammad
  • Terburu-buru dalam membuat keputusan untuk menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu.

Temenggung Seri Maharaja
  • Seorang yang tidak cekap dalam menjalankan tugas membanteras pencuri sehingga diperli Sultan Mansur Syah




BAB 9
WATAK
PERWATAKAN
Tun Jana Pakibul
  • Orang bawahan yang taat setia kepada Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim
  • Seorang sultan yang memberi arahan membunuh rakyat Siak tanpa belas kasihan

Laksamana Hang Tuah
  • Seorang pahlawan yang hebat dan sanggup menjaga sultan sewaktu baginda sedang sakit

Sultan Alaud'Din Riayat Syah
  • Ayahanda kepada Sultan Mamad

Raja Mamad
  • Raja yang menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Melaka

Bendahara Paduka Raja
  • Bendahara yang sering menasihati sultan agar tidak tersilap langkah

Sultan Mahmud Syah
  • Seorang sultan yang berkelakuan tidak sopan dengan mengacau isteri orang

Tun Biajid
  • Hampir membunuh Sultan Mahmud Syah ekoran isterinya diganggu oleh baginda

Tun Dewi
  • Seorang wanita yang diganggu oleh Sultan Mahmud Syah

Tun Ali Sandang
  • Melindungi Tun Dewi daripada gangguan sultan

Tun Isap
  • Orang suruhan sultan yang diarahkan untuk membunuh Tun Ali Sandang

Seri Wak Raja
  • Membunuh Tun Isap kemudian dibunuh oleh sultan

Seri Bija Diraja
  • Orang bawahan sultan dah telah dibunuh ekoran lewat datang pada hari raya

Paduka Tuan
  • Seorang pahlawan yang menyerang Manjong

Seri Maharaja
  • Seorang pahlawan yang menyerang kelantan





BAB 10
WATAK
PERWATAKAN
Tun Mutahir
  • Seorang bendahara yang dilantik oleh bonda Sultan Mahmud

Patih Adam
  • Orang luar yang ingin berkahwin dengan Tun Minda

Tun Minda
  • Merupakan anak kepada Seri Nara Diraja

Puteri Gunung Ledang
  • Puteri yang disukai oleh sultan yang telah menetapkan pelbagai syarat sekiranya sultan mahu mengahwininya

Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia
  • Pahlawan Sultan Mahmud yang pergi bertemu dengan Puteri Gunung Ledang

Sutan Nara Singa
  • Orang Inderagiri yang dijadikan hamba oleh penduduk Melaka

Hang Nadim
  • Seorang pahlawan yang bijaksana
  • Pandai melukis

Laksamana Khoja Hassan
  • Pahlawan yang menggantikan Hang Tuah setelah kemangkatan Hang Tuah




BAB 11
WATAK
PERWATAKAN
Seri Wangsa Diraja
  • Orang bawahan Sultan Abdul Jalil

Sultan Mahmud
  • Sultan negeri Melaka dan mahu memperisterikan Tun Teja

Sultan Tun Teja
  • Tunang kepada Sultan Abdul Jamal

Sultan Abdul Jamal
  • Sultan yang baru dinobatkan di negeri Pahang

Hang Nadim
  • Pahlawan yang bijaksana dan hebat di negeri Melaka

Laksamana Khoja Hassan
  • Pahlawan yang bijak mengatur strategi bagi mengalahkan pihak lawan


Sultan Mansur Syah

  • Anakanda Sultan Abdul Jamal yang menaiki takhta sebagai sultan


Raja Zainal

  • Adik kepada Sultan Mahmud yang begitu tampan dan penuh dengan tipu muslihat


Hang Berkat

  • Pahlawan yang ditititahkan untuk membunuh Sultan Mahmud


Sang Guna

  • Seorang lelaki yang bermukah dengan isteri Hang Berkat





BAB 12
WATAK
PERWATAKAN
Raja Legor
  • Menyerang Pahang atasan arahan Raja Siam

Raja Siam
  • Memberi arahan untuk menyerang Pahang

Bendahara Seri Maharaja
  • Membantu Pahang daripada diserang

Tun Perpatih Putih dan Tun Hussain
  • Mati dibunuh kerana biadap didepan Bendahara

Cau Seri Bangsa
  • Memeluk agama Islam setelah menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai

Raja Kedah
  • Datang Melaka untuk memohon nobat

Maulana Sadar Jahan
  • Datang ke Melaka
  • Menjadi guru agama kepada Sultan Mahmud & Tun Mai Ulat Bulu
  • Memarahi Tun Mai Ulat Bulu kearana tidak dapat menyebut perkataan dalam bahasa Arab

Sultan Mahmud
  • Bergurukan Maulana Sadar Jahan untuk mempelajari ilmu agama
  • Arahkan Orang Kaya Tun Muhammad untuk merujuk soal agama ke Pasai

Tun Mai Ulat Bulu
  • Dimarah oleh Maulana Sadar Jahan kerana tidak dapat menyebut perkataan dalam bahasa Arab

Orang Kaya Tun Muhammad
  • Pergi ke Pasai untuk merujuk soal agama

Tun Hassan
  • Menyelesaikan masalah soal agama




BAB 13
WATAK
PERWATAKAN
Bendahara Seri Maharaja
  • Kahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali
  • Terima hasigah daripada Nina Sura Dewana
  • Diminta untuk selesaikan masalah antara Nina Sura Dewana dengan Raja Mendaliar
  • Mati dibunuh Sultan Mahmud

Sultan Mahmud
  • Berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja
  • Berkahwin dengan Tun Fatimah
  • Membunuh Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali
  • Turun takhta setelah melihat keadaan Tun Fatimah

Ali Manu Nayan
  • Memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak

Tun Hassan Temenggung
  • Sering meminta rasuah daripada saudagar kaya di Melaka
  • Mati dibunuh Sultan Mahmud

Nina Sura Dewana
  • Bertelaga dengan Raja Mendaliar
  • Memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja

Si kitul
  • Melihat perbuatan Nina Sura Dewana lalu diberitahunya kepada Raja Mendaliar

Raja Mendaliar
  • Memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan lalu memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja hendak menderhaka kepada Sultan Mahmud

Laksamana Khoja Hassan
  • Menceritakan bahawa Bendahara Seri Maharaja hendak menderhaka kepada Sultan Mahmud sepertI yang dikatakan oleh Raja Mendaliar

Tun Fatimah
  • Berkahwin dengan Sultan Mahmud
  • Tidak pernah senyum dan menggugurkan kandungannya

Sultan Ahmad Syah
  • Menjadi sultan di Melaka
  • Mengamalkan sikap pilih kasih




BAB 14
WATAK
PERWATAKAN
Orang Peringgi
  • Menyerang Melaka atas arahan Alfonso d’Albuquerque. Dua kali menyerang Melaka

Alfonso d’Albuquerque
  • Ketuai orang Peringgi untuk menyerang Melaka. Serang pertama gagal

Orang Melaka
  • Beperang dengan orang Peringgi
  • Membaca Hikayat Muhammad Hanafiah sebelum berperang

Sultan Ahmad
  • Melarikan diri ke Pahang
  • Mati dibunuh oleh Sultan Mahmud

Sultan Mahmud
  • Melarikan diri ke Pahang setelah diserang orang Peringgi
  • Membunuh Sultan Ahmad
  • Melarikan diri ke Kampar setelah Bintan diserang orang Peringgi

Raja Muzaffar
  • Menjadi sultan di Melaka

Tun Fatimah
  • Melahirkan anak bernama Tun Ali




BAB 15
WATAK
PERWATAKAN
Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah
  • Ditabal menjadi raja di Kampar
  • Tinggalkan Kampar pergi ke Pahang
  • Berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi
  • Membuka negeri di negeri Kuala Johor

Raja Kesuma Dewi

  • Isteri kepada Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah
  • Anak kepada Sultan Mansur Syah

Raja Omar
  • Cucu Sultan Mansur Syah di Pahang
  • Kahwin dengan Raja Fatimah
  • Ceraikan isteri pertama setelah Raja Fatimah hamil

Raja Fatimah
  • Anak kepada Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah

Sultan Muzzafar Syah
  • Menggantikan kedudukan Sultan Alaud’Din Syah
  • Membuka negeri Seluyut

Sultan Mansur Syah
  • Kahwin dengan bonda Raja Mansur

Sultan Abdul Jalil Syah
  • Menggantikan kedudukan Sultan Muzzafar Syah

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah
  • Menggantikan kedudukan Sultan Abdul Jalil Syah
  • Membuka negeri di Batu Sawar
  • Berpindah ke Makam Tauhid

Raja Martgsur
  • Nama sebenar Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah
  • Menggantikan kedudukan Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah di Makam Tauhid
  • Berpindah ke Pasir Raja



4 comments:

  1. Salam, blog yang menarik dan mudah untuk saya mencari maklumat yang say inginkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete