TEMA
Tema bagi cerita
Hikayat Melayu atau Sulalatus Salatin ini mengisahkan tentang
politik. Contoh bagi tema politik ialah pengaruh pemerintahan negeri
yang berkuasa menyebabkan desakan keinginan menguasai negeri tersebut. Sesebuah
negeri yang mempunyai pengaruh dan kekuatan selalunya akan mendahului
pemerintahan dan lebih berkuasa. Oleh itu, terdapat keinginan untuk merebut
kekuasaan antara sebuah negeri dengan negeri lain. Contohnya, apabila Siam
ingin menyerang Melaka yang merupakan sebuah negeri yang kuat pada suatu ketika
dahulu.
BAB 1
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Perkahwinan
dapat mewujudkan salasilah sesebuah jurai keturunan yang panjang
|
Iskandar
Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Dari keturunan Iskandar
Zulkarnain itu juga lahirlah Raja Suran sehingga Berjumpa Raja Aktabul Ardh
dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak
lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
|
Untuk
menakluki sesuatu tempat adalah melalui perkahwinan
|
Raja
Suran menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk
pula negara Cina.
Usaha
Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina apabila
baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran iaitu menghantar
rombongan meminang
|
BAB 2
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Unsur sakti
dan mitos menunjukkan kesaktian kuasa seseorang Raja
|
Anak-anak Raja
Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan menyebabkan padi
Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan
batangnya menjadi suasa. Ini menunjukkan bahawa jurai keturunan Raja-raja
tidak lari daripada unsur sakti demi kepentingan jurai keturunan
|
Waad telah
menyebabkan perkahwinan sesebuah pihak dengan pihak yang lain terbatas
|
Nila Utama
atau Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi ayahnya
Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya
dimeterai untuk menjaga perhubungan di antara raja dengan rakyat. Maka Seri
Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa
isterinya itu tidak kedal (penyakit gatal-gatal).
|
Keunikan yang
ada di sesuatu tempat sering diambil untuk menjadi nama sesebuah tempat dan
kawasan yang stategik
|
Seri Teri
Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan
nama singa seterusnya melambangkan kekuatan tempat itu.
|
BAB 3
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Persoalan
kasih sayang seorang bapa kepada anaknya
|
Seri Teri
Buana sanggup menghantar rombongan meminang ke benua Keling untuk anakanda
baginda iaitu Raja Kecil Besar kerana kasih baginda sebagai seorang bapa.
|
Persoalan
tanggungjawab seorang raja
|
Raja Kecil
Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira menjadi raja bagi menggantikan
ayahanda baginda Seri Teri Buana yang mangkat. Beliau bertanggungjawab dengan
melantik Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang untuk
melancarkan pentadbiran negara
|
Persoalan
kekuatan seorang pahlawan
|
Badang merupakan
pahlawan yang kuat sehingga mampu mengalahkan pahlawan dari benua Keling
bernama Nadi Bija Niakra.
|
Persoalan
bersabar dalam menghadapi penyakit
|
Merah Silu
sabar ketika menghidap penyakit cacing gelang-gelang yang dihadapinya.
|
Persoalan
ketika menamakan tempat
|
Merah Silu
menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan
semut besar yang dilihatnya
|
Persoalan taat
setia dalam menurut perintah raja
|
Raja
Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu kerana taat setia terhadap rajanya.
|
Persoalan
pergaduhan antara adik beradik
|
Sultan
Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur yang merupakan adiknya
kerana Sultan Maliku'l-Mansur telah mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir
dan dibawa pulang ke Semundra dan berusaha untuk menangkapnya.
|
BAB 4
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Salah faham
kuasa yang digunakan demi kepentingan diri
|
Paduka Seri
Maharaja murka akan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja
menunjukkan kepandaian serta ilmunya itu di hadapan isteri baginda lalu Tuan
Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Langkawi.
|
Fitnah dan
hasad dengki menjadi kebiasaan tanpa menghiraukan kesannya
|
seorang budak
lelaki telah mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan
serangan todak dan gagasannya menghasilkan kejayaan.
Walaubagaimanapun, budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi
kepandaian raja suatu ketika nanti.
|
Keunikan
sesuatu peristiwa menjadikan ianya diangkat sempena nama sesebuah kawasan
|
Raja Iskandar
Syah membuka Melaka berdasarkan suatu peristiwa iaitu seekor pelanduk putih
telah menendang anjing perburuannya.
|
BAB 5
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Kebijaksanaan
dalam merancang strategi peperangan
|
Tun Perak
sangat bijak dalam merancang strategi melawan serangan dari Siam. Tun Perak
telah membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Hal ini
demikian kerana, untuk memberikan semangat kepada kaum lelaki untuk berjuang
demi anal isteri mereka.
|
Pengorbanan
seorang raja dalam mendamaikan permusuhan antara pembesar
|
Sultan
Muzaffar Syah berkorban dengan menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan
kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Melaka yang pada
ketika itu rakyatnya berpecah akibat permusuhan Tun Perak dan Seri Nara
Diraja.
|
Kejayaan dalam
menjalankan tugas yang diberikan oleh raja
|
Sultan Mansur
Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera
serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang menjadi
utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan
raja Siam sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang
kuat di sebelah matahari mati.
|
BAB 6
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Meluaskan
pengaruh ke kawasan yang lain
|
Rombongan
Melaka telah sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaiannya. Tun
Bija Sura turut dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit,
menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat
berhampiran utusan Melaka. Akhirnya, Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin
dengan Raden Galuh Cendera Kirana dan dapat meluaskan pengaruhnya di
Majapahit.
Puteri Hang
Liu pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah
menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada
raja China. Sultan Mansur Syah meluaskan pengaruhnya ke China pula.
|
Kesetiaan
kepada raja
|
Semasa kuda
Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi, ianya diselamatkan oleh Hang Tuah
tanpa mengira keselamatan diri sendiri
|
Kepandaian
pembesar diraja
|
Orang-orang
Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China
setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat
|
BAB 7
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Kesetiaan
kepada raja
|
Walaupun Hang
Tuah pernah ‘dibunuh’ oleh Sultan Mansur Syah, tetapi dia tetap menurut
perintah raja apabila diarahkan menewaskan Hang Jebat. Padahal Hang Jebat
mahu menuntut bela ke atas pembunuhan Hang Tuah.
|
Bersungguh-sungguh
menuntut ilmu
|
Semasa Maulana
Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka, Sultan Mansur Syah dan ramai
pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum itu kitab itu
dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.
|
Persoalan
mengelakkan balas dendam
|
Raja Muhammad
telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga
yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak
buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh
Bendahara.
|
BAB 8
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Memberi
nasihat kepada anak-anak sebelum meninggal dunia
|
Sultan Mansur
Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum
mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja
Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.
|
Persoalan
berusaha membanteras jenayah mencuri
|
Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah melaksanakan undang-undang terhadap pencuri. Kesalahan
mencuri akan dikudungkan tangan manakala di simpang empat di tengah negeri
dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
|
Usaha
mendamaikan dua kawasan
|
Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang
orang-orang Haru yang mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam'
disebut 'sembah'. Pertempuran hebat telah berlaku antara orang-orang Melaka
dengan orang-orang Haru. Walau bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara
Melaka dengan Haru.
|
BAB 9
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Menurut
perintah raja
|
Tun Jana
Pakibul telah membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan tidak
memberitahu ke Melaka.
|
Taat setia
kepada raja
|
Sultan Mahmud
gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah.
|
Menasihati
golongan pemerintah
|
Tiba masanya
Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau memberi wasiat kepada anak
cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda
tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah.
|
BAB 10
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Persoalan
menuntut janji
|
Patih Adam
menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan
Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya
|
Persoalan
percintaan seorang raja
|
Setelah
kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud telah menitahkan
agar dipinangkan Puteri Gunung
Ledang
|
Persoalan
kasih sayang terhadap keluarga
|
Baginda tidak
sanggup menumpahkan darah anakanda baginda
|
Persoalan
kebijaksanaan pahlawan
|
Kepandaian
Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi
|
BAB 11
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Persoalan
patuh akan arahan sultan
|
Hang Nadim
ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka
|
Persoalan tipu
muslihat yang digunakan
|
Hang Nadim
berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua
tukang urut.
|
Persoalan
merampas hak orang
|
Sultan Mahmud
inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul
Jamal.
|
Persoalan
bijak mengambil kesempatan
|
Raja Zainal
iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya
untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.
|
Persoalan
kecurangan seorang isteri
|
Setelah Hang
Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.
|
BAB 12
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Peperangan
antara negeri
|
Antara orang
Peringgi dengan orang Melaka.
|
Belajar
tentang agama Islam
|
Golongan
atasan dan rakyat biasa yang mempelajari soal agama.
|
BAB 13
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Pembesar
amalkan sikap rendah diri
|
Bendahara Seri
Maharaja tidak menunjukkan wajah anaknya Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
kerana merasakan darjatnya tidak sama dengan sultan.
|
Membuat fitnah
tanpa usul periksa
|
Melihat
perbuatan Nina Sura Dewana yang telah memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja
Si kitul telah
membuat fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja bahawa Nina Sura Dewa telah
merasuah Bendahara Seri Maharaja kepada Raja Mendaliar
|
Amalan rasuah
antara golongan pembesar
|
Raja Mendaliar
telah merasuah dengan memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan lalu
memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja hendak menderhaka kepada Sultan
Mahmud
|
BAB 14
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Semangat
berperang
|
Antara orang
Melaka dengan orang Peringgi di negeri Melaka.
|
Percaya
terhadap bacaan Hikayat Muhammad
|
Orang Melaka
percaya akan bacaan Hikayat Muhammad dapat membantu mereka semasa beperang.
|
Kasih sayang
terhadap anak
|
Perasaan kasih
dan sayang Tun Fatimah terhadap anaknya Tun Ali.
|
BAB 15
PERSOALAN
|
CONTOH
|
Semangat
berperang
|
Orang Melaka
mempertahankan kedaulatan negeri daripada dikalahkan oleh orang lain.
|
Kasih sayang
terhadap isteri
|
Kisah
percintaan antara Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan Raja Kesuma Dewi
sehingga mereka bergelar suami isteri
|
Kasih sayang
terhadap isteri
|
Kisah
percintaan antara Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan Raja Kesuma Dewi
sehingga mereka bergelar suami isteri
|
Semangat dalam
mentadbir sebuah negeri baru
|
Seperti Sultan
Alaud’Din Ri’ayat Syah telah membuka negeri di Kuala Johor dan Raja Martgsur
membuka negeri di Pasir Raja
|
Perkongsian yang menarik. Tk
ReplyDeletesama-sama. terima kasih
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
Deleteterima kasih saudari atas perkongsian ini....semoga bermanfaat untuk semua
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTerima kasih atas perkongsian ini. sangat bermanfaat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeletePerkongsian ilmu yg bermanfaat.
ReplyDelete