LATAR BELAKANG
Tun Sri Lanang merupakan nama
timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad iaitu anak Tun Ahmad Paduka
Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi.
Beliau telah dilahirkan di Bukit Selayut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565.
Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam
peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar
Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah
menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor
yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang mengikut beliau
ke sana. Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama
Baginda dan diberi gelaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun
Sebarang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan
terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh. Beliau kemudiannya telah
diangkat diangkat menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau
telanh mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana. pada
waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah
pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun kawasan
tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami
ilmu agama Islam.
Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh
karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang merangkumi pelbagai
sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang
beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Namun menurt Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan
Suzana Othamn, 2008 telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan
penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang.
Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri
Lanang sendiri dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 Maishi selepas tarikh
penulisannya dimulai pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui
sebagai satu sumber terkaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah
bangsa-bangsa di Nusantara.
maklumat dan info yang sangat jelas dan mudah difahami..š
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas daripada saudari
ReplyDeletemaklumat yang sangat berguna
ReplyDelete