1) PENDIDIKAN
Sejarah Melayu menceritakan bagaimana Melaka muncul
sebagai pusat pendidikan Islam terkemuka di alam Melayu dengan kehadiran
ulama-ulama dari Tanah Arab termasuklah Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu
Bakar, Kadzi Yusuf, Kadzi Menua, Kadzi Menawar Syah, Makhdum/Maulana Sadar
Jahan dan Maulana Jalaludin. Selain itu, beberapa orang Sultan seperti Sultan
Mansur Syah sangat mencintai ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, baginda berguru
dengan Maulana Abu Bakar dalam ilmu agama dan mengutus permasalahan agama ke
Pasai. Melaka juga muncul sebagai pusat keilmuan Islam terkemuka apabila Kitab
Darul Manzum karangan Syeikh Abu Ishaq di bawa oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka
dan diajar kepada masyarakat. Sejarah Melayu juga mencatatkan bagaimana
masyarakat Melaka belajar dengan para ulama seperti kisah Tun Mai Ulat Bulu
yang belajar menyebut perkataan Arab dengan Maulana Sadar Jahan serta kisah
Sultan Mahmud Syah yang berguru dengan Kadi Yusof.
2) ESTETIK
Estetika
merupakan ilmu yang memperkatakan tentang nilai keindahan. Penelitian terhadap
nilai estetika dalam sesebuah karya sememangnya luas. Keindahan bukan sekadar
tercipta melalui bahasanya, malah keindahan boleh dilihat dalam adat dan
budaya, tingkah laku, gambaran watak dan sebagainya. Persoalan tentang nilai
estetika ini banyak diutarakan dalam sesebuah karya sastera terutamanya dalam
puisi-puisi Melayu. Falsafah estetika
meliputi nilai-nilai keindahan dan seni, nilai retorik, suasana hati dan
pelbagai lagi yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nilai
kecantikan. Masyarakat Melayu sangat menitikberatkan nilai estetika terutamanya
daripada aspek pertuturan kemudian digarap dalam bentuk penulisan. Hampir
setiap karya mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
Mana Sikana, 1996 menyatakan orang Yunani Purba
menganggap keindahan itu sebagai sejenis perasaan, yang hanya akan dapat
dinikmati oleh rohani. Islam juga melihat alam sebagai unsur keindahan. Manusia
akan terpesona dengan keindahan alam yang mampu menenangkan jiwa dan
sesungguhnya keindahan ini adalah hakikat daripada kekuasaan Tuhan. Hal ini
menunjukkan takrifan mengenai nilai ‘estetika’ sangat luas. Pelbagai pandangan
yang diberikan mengenai nilai estetika. Dalam konsep penghasilan sesuatu karya
sastera, nilai estetika dapat dilihat melalui kepelbagaian bentuk bahasa yang
digunakan seperti penggunaan bahasa asing dan puisi dalam karya. Masyarakat
dahulu sememangnya terkenal dengan nilai estetika dalam penggunaan bahasa.
Berdasarkan penelitian terhadap karya agung Sulalatus
Salatin, nilai estetika dapat dilihat berdasarkan penggunaan puisi dalam karya
ini. Terdapat beberapa puisi Melayu tradisional yang terkandung dalam penulisan
karya ini. Antaranya dalam bab kesepuluh, dalam peristiwa Tun Mutahir dijadikan
Bendahara, halaman 207. Selain itu, penggunaan puisi tradisional ini juga dapat
dilihat dalam bab yang sama dalam peristiwa Meminang “Puteri Gunung Ledang”.
Penggunaan bait-bait puisi dapat dilihat dalam contoh yang berikut:
Kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab;
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayanghendak ditangkap
(Sulalatus Salatin: 214)
Petikan puisi tradisional di atas telah diungkapkan
bunga telipuk semasa peristiwa Tun Mamad hendak meminang Puteri Gunung
Ledang untuk sultan Mahmud Syah.
Keagungan bahasa Melayu klasik ditandai dengan bahasa yang mempunyai nilai
estetika. Bahasa yang dituturkan bukan sekadar dituturkan dalam bentuk kebiasaan,
malah masyarakat dahulu juga menggunakan pelbagai puisi seperti pantun, seloka,
syair dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Hal ini
memperlihatkan nilai estetika dalam sesuatu karya.
3) SOSIAL
Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Kritikan Sosial
Walaupun teks Sejarah Melayu dilihat terlalu mengagung-agungkan dan memuliakan
raja, namun begitu pengarangnya secara tersirat cuba untuk melakukan kritikan
ke atas raja dalam beberapa peristiwa termasuklah peristiwa Singapura dilanggar
todak. Apabila Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib kerana cemburu buta
atas dakwaan kononnya ulama tersebut cuba menunjukkan kesaktian kepada isteri
baginda, Tuan Jana Khatib dibunuh. Tidak lama selepas itu, Singapura ditimpa
bala apabila dilanggar todak mengakibatkan ramai rakyat mati. Melalui kisah
ini, pengarang cuba untuk meketengahkan soal kezaliman Raja tanpa usul periksa
dan akibatnya Singapura ditimpa bala akibat pembunuhan seorang ulama yang
sangat alim dari Pasai.
Seterusnya, Raja tanpa berfikir panjang menitahkan
rakyat untuk berkubu betis bagi menangkis serangan todak tersebut. Tindakan
Raja itu sekali lagi mengundang padah apabila semakin ramai rakyat yang cedera
dan mati. Dalam hal ini penulis cuba untuk menggambarkan ketidakmampuan Raja
dalam berpandangan jauh dan bersikap terburu-buru. Hanya apabila seorang
kanak-kanak bernama Hang Nadim mengusulkan supaya dibuat benteng dengan batang
pisang maka cadangan tersebut berjaya menghalang serangan todak. Namun Hang
Nadim kemudiannya dibunuh kerana dikhuatiri akan melawan Raja apabila besar nanti.
Dalam hal ini kritikan sebenarnya ditujukan kepada para pembesar yang mengampu
dan buruk sangka yang mengelilingi dan memberi nasihat pada Raja pada ketika
itu.
Bagi kritikan terhadap moral raja, penulis Sejarah
Melayu tidak menyembunyikan keburukan Sultan Mahmud Syah yang dilihat sangat
mengikut hawa nafsunya sehingga sanggup untuk bersekedudukan dengan isteri Tun
Biajid ketika Tun Biajid dalam satu tugasan ke Morib. Selain itu, peristiwa
peminangan Puteri Gunung Ledang dan peristiwa penculikan Tun Teja dari Pahang
ke Melaka bagi dijadikan isteri Sultan Mahmud Syah sehingga hampir memulakan
perang di antara Pahang dan Melaka menunjukkan bagaimana sikap Sultan Mahmud
Syah. Pengarang juga turut membuka aib Sultan Mahmud Syah dengan menceritakan
tentang penyakit kesukaran untuk membuang air.
Bagi kritikan terhadap sikap suka termakan fitnah, peristiwa
pembunuhan Bendahara Tun Mutahir berserta seluruh ahli keluarganya setelah
difitnah oleh Raja Mendeliar (yang disampaikan melalui Laksamana Khoja Hasan)
telah menunjukkan kegagalan Sultan Mahmud Syah dan sikap terburu-buru baginda
yang menghukum tanpa usul periksa. Sultan juga dikritik kerana tindakannya
dipengaruhi perasaan dendam kerana Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan
anakandanya Tun Fatimah menjadi isteri Sultan seperti adat-adat Bendahara
sebelumnya.
Seterusnya kritikan terhadap kezaliman raja. Beberapa
kali ditekankan dalam Sejarah Melayu iaitu apabila pemerintah bertindak zalim
ke atas rakyatnya, bala akan menimpa negeri itu. Dalam hal ini, pengarang
Sejarah Melayu telah cuba untuk mengkritik sultan yang melanggar perjanjian di
Bukit Seguntang di mana raja diberi Daulat, Rakyat diberi Keadilan. Berdasarkan
ikatan daulat ini, Sejarah Melayu sebenarnya secara halus cuba menunjukkan
betapa rajalah yang terlebih dahulu melanggar sumpah tersebut. Sebelum
berlakunya pembelotan Sang Rajuna Tapa yang akhirnya terkena tulah dan disumpah
menjadi batu.
Selain dalam kisah pembunuhan Tuan Jana Khatib,
peristiwa Hang Nadim yang dizalimi, kisah Tun Biajid yang menerima tamparan
apabila sultan bersekedudukan dengan isterinya, kisah pembunuhan anak Tun Perak
dalam peristiwa sepak raga dan peristiwa pembunuhan keluarga Bendahara Tun
Mutahir, ketidakadilan Raja terhadap rakyatnya bermula seawal kisah anak
pembesar Singapura Sang Rajuna Tapa yang dijadikan gundik Raja seolah-olah
menjatuhkan maruah Sang Rajuna Tapa sebagai Bendahara pada ketika itu.
Kemuncak kezaliman terhadap kezaliman Raja terhadap
keluarga Sang Rajuna Tapa adalah apabila anakandanya itu disula di hadapan
khalayak ramai kerana difitnah cuba bersekedudukan dengan seorang panglima.
Ekoran rasa terhina dan kecewa, Sang Rajuna Tapa telah mengutus surat ke
Majapahit supaya melanggar Singapura dan beliau sanggup belot dengan membuka
pintu kota. Akhirnya, balasan terhadap Singapura muncul apabila negeri tersebut
alah kepada Majapahit dan Raja dan pengikutnya terpaksa berundur ke Melaka. Walaupun
begitu, kritikan tersebut masih dilihat berlapik apabila Sang Rajuna Tapa
diketengahkan sebagai seorang antagonis yang akhirnya disumpah menjadi batu
akibat terkena tulah.
Terima kasih atas info berguna. Mohon dijadikan rujukan untuk stpm
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTahniah. Maklumat dan info yang sangat berguna.
ReplyDeleteTerima kasih sudi mengunjungi blog kami
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTahniah. Maklumat dan info yang sangat berguna.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTerima kasih..maklumat sangat membantu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTerima kasih, sangat bermanfaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTerima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog kami.
DeleteTerima kasih. Informasi yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteSangat berguna untuk pelajar2 yang malas membaca!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
Deleteterima kasih !
DeleteIsi yang mantap . Tahniah . Teruskan usaha 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteTerima kasih atas info yang menarik & mudah difahami ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteBlog yg sgt bgus dan elok dijadikan rujukan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
Deleteterima kasih semua, semoga dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada semua
ReplyDeleteMenambahkan pemahamansaya tentang cerita ni.tq
ReplyDelete