Thursday, 24 May 2018

MITOS & LAGENDA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. Menurut Noriah Taslim (1986), mitos dikatakan sebagai tradisi agama Hindu, raja-raja itu ialah dewa raja (God-King) iaitu raja adalah bayangan Tuhan. Konsep ini telah menyebabkan masyarakat membenarkan dan mempercayai hakikat kehebatan raja. Kesimpulannya, mitos bermaksud kepercayaan atau keyakinan yang diterima bulat-bulat tanpa bukti.
Legenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Legenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Harun Mat Piah (2003), mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian legenda. Selain memberi definisi khusus, beliau turut membuat perbandingan yang jelas antara legenda dengan mitos. Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa, Legenda membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Secara kesimpulannya, legenda dapat didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa atau makhluk lain.
Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986), legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, tokoh-tokoh yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umpamanya.  Seterusnya, tokoh-tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungannya dengan kekuatan politik dan agama. Di samping itu, keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuatan batin yang luar biasa serta sangat terkenal dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.  Justeru, legenda menjadi kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh masyarakat setempat, lalu menjadi milik seluruh masyarakat tersebut.  Berdasarkan hal tersebut, dapatlah diketahui bahawa legenda ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Seterusnya, legenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya.  Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.  Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.  Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.  Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keamanan kerajaan Melaka.  Berikut merupakan petikan kata-kata baginda:
“Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini; kita kelahi dengan dia pun tidak, dan berdamai pun tiada…”
                                        (Sulalatus Salatin, hlm. 107)

            Hal tersebut jelas menunjukkan kebijaksanaan Sultan Mansur Syah yang secara tidak langsung telah mengangkat kehebatan orang Melayu.  Tujuan tokoh ini ditampilkan adalah untuk memuji ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu, sebagaimana Sejarah Melayu dalam memetik kata-kata Betara Majapahit;

“Adapun orang Melayu ini terlalu cerdik daripada segala orang negeri lain; pada sebarang permainan pun tewas juga orang lain oleh orang Melaka”                                                                                            (Sulalatus Salatin, hlm.22)
                          
Selanjutnya, legenda juga direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh legenda.  Sebagai contoh, watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.  Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 162).  Sehubungan dengan itu, perihebatnya tokoh ini di mata masyarakat telah digambarkan dalam Sejarah Melayu:
“Adapun akan Laksamana Hang Tuah barang tempat ia pergi, gegak-gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya.  Jika ia peseban, peseban gempar; jika ia di panggungan, panggungan gaduh dan segala perempuan Jawa anak-anak dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itu pun bangun hendak melihat Hang Tuah; itulah dipantunkan Jawa…” Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menonjolkan tokoh Hang Tuah itu sendiri sekaligus mengangkat watak tersebut.
Secara umumnya, legenda-legenda ini sengaja diwujudkan dengan tujuan-tujuan tertentu yang dihubungkan dengan seseorang tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya.  Pelbagai sanjungan diberikan kepada individu-individu tersebut.  Di samping itu, sanjungan tersebut pula lahir sesuai dengan fungsinya yang berfungsi memperbesar-besarkan taraf, keturunan dan kedudukan raja yang disanjung


45 comments:

  1. cerita yang menarik dan bole dijadikan iktibar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
    2. Maaf bertanya...macam mana awak dapatkan pandangan sarjana ye?

      Delete
  2. Ia sangat membantu dalam pengajaran dan mudah difahami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
    2. terima kasih. semoga ianya membantu!

      Delete
  3. Waaauuu...hebatnya...saya tertarik dengan cara penulis olahkan...minta copy paste ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  4. sangat menarik. terima kasih kerana berkongsi. sekarang saya boleh membezakan antara mitos dan legenda dengan jelas.

    ReplyDelete
  5. bagusnya sesuai utk rujukan sy dlm stpm! menarik blog lip lap ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
    2. terima kasih. semoga ianya membantu!

      Delete
  6. Terima kasih kerana berkongsi mengenai sulalatus salatin. Ianya sangat sesuai sebagai sumber rujukan saya. Semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  7. Alhamdulillah. Terima kasih kpd pemilik blog ni kerana byk membantu sy dlm memahami teks sulalatus salatin dgn lebih mendalam ..I likeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  8. terima kasih semua atas komen yang telah diberikan, semoga dapat digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

    ReplyDelete
  9. Penulisan yang teratur dan menarik memudahkan para pembaca membaca dan memahami sejarah

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  11. maklumat yang sangat jelas dan menarikk.👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  12. Sangat bagus.banyak pengetahuan baru saya dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan.

      Delete
  13. Alhamdulillah , semakin mudah untk faham teks ,trima ksih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kerana mengunjungi blog kami

      Delete
  14. Cantiknya blog nie. wow perkongsian ilmu yang berguna. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Maklumat yg mudah difahami dan dapat berkongsi ilmu yg bole kita terapkan tentang sejarah melayu. Terima diatas maklumat yg diberikan

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian yang diberikan.

    ReplyDelete
  17. Ilmu yang bermanfaat. Terima kasih

    ReplyDelete
  18. rujukan yang dipaparkan mudah untuk difahami. Syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga dapat membantu anda

      Delete
  19. Sangat banyak ilmu yg saudari kongsikan. Sangat membantu pelajar. Mudah dibuat rujukan. Blog sangat cantik. Terima kasih ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atau pujian. Semoga bermanfaat kepada pelajar

      Delete
  20. mudah untuk dijadikan rujukan dan padat dengan maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anak muda. Harap membantu

      Delete
  21. Satu perkongsian yang baik dan berguna, diharapkan dapat menjadi rujukan kepada para guru mahupun pelajar.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Di satu sudut lain sejarah, saya terbaca dari prof madya mat rofa ismail bahawa tun sri lanang sebenarnya pengkhianat melayu. Mungkin kita boleh sama2 menelusuri sejarah dr satu sudut yg lain juga.

    https://youtu.be/2lXJOVOa8kU

    ReplyDelete