1. HIKAYAT MELAYU (1998)
- Merupakan teks sastera sejarah versi Tengku Said.
- Teks sastera sejarah yang menyusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu sehingga kesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teksnya juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dengan sejarah Siak.
- Mempunyai tujuan mengapa ia ditulis.
- Pada bahagian mukadimahnya tidak ada langsung petikan yang menunjukkan teks ditulis untuk “tujuan menyukakan rajanya” ataupun “supaya diketahui oleh anak cucu yang terkemudian” melainkan hanyalah disebut oleh pengarang, seperti petikan berikut, “Inilah ceritera Raja Islandar Zulkarnain tertulis di dalam negeri Betawi keada 24 Julai tahun 1893”.
- Teks ini juga memaparkan dengan jelas tarikh dan tempat, bila dan dimana teks Hikayat Melayu ditulis.
2. TUHFAT AL NAFIS (1982)
- Teks Tuhfat al Nafis dikenali sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daripada ucapan.
- Teks ini dikatakan satu naskah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang iaitu ayah dan anak (Haji Raja Ahmad dan Haji Raja Ali).
- Raja Ali merupakan seorang intelektual terkenal di penghujung abad ke 19 yang menghasilkan karya bukan hanya sastera malah ada juga dalam bidang lain seperti agama, sejarah, bahasa dan budaya Melayu.
- Teks ini telah diisalin untuk disimpan di Istana Diraja Terengganu pada pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).
- Pada tahun 1860 an teks asli Tuhfat al Nafis selesai ditulis oleh orang Bugis dalam struktur politik Melayu dan selesai disalin oleh Alwi dari kepulauan Karimun pada 6 september 1886 dan seratus tahun kemudian pada 1986 telah disalin semula oleh Tengku Ismail bin Tengku Su.
- Merupakan penulisan Sejarah Istana Melayu Tradisional, karya ini mula ditulis di Istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.
3. HIKAYAT SIAK (1992)
- Teks yang mengisahkan sejarah kerajaan Siak dan ditulis atas permintaan salah satu anggota keluarga kerajaan Siak.
- Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
- Manuskrip Hikayat Siak ditemui di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia Jakarta.
- Manuskripnya banyak memerihalkan situasi politik Johor.
- Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi banyak menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
- Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718.
- Keseluruhan tema teks ini adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai keturunan warisan Kesultanan Melaka.
4. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
(1991)
- Teks yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah.
- Teks ini bermula daripada pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agong dari Macedonia hingga ketibaan Islam abad ke 12.
- Turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
- Tiada yang tahu bila teks ini pertama kali dikarang.
- Ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat Merong Mahawangsa ditulis pada abad ke 19 berdasarkan peristiwa pembakaran salinan buku ini atas perintah kerajaan Siam.
- Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara pada abad ke 19 dan awal abad ke 20.
5. HIKAYAT RAJA PASAI (1987)
- Menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara.
- Mengisahkan masyarakat melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan jawi).
- Tarikah awal hikayat ini ditulis tidak dapat dikenalpasti.
- Penyelidik menyatakan teks asal teks ini ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.
- Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.
Terbaik..bagus utk rujrkan pljar tingkatan 6 yg amik kesusasteraan melayu💪💪maju sastera utk negara
ReplyDeleteterima kasih ainul! sayang ainul! -farah-
Deleteterima kasih,
ReplyDeleteSangat membantu info yang dikongsikan.. terima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteKoleksi yang menarik mengenai info sejarah melayu yang dijumpai.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeletePerkongsian yang menarik dan sangat membantu.
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga bermanfaat
DeletePerkongsian ilmu yg bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga bermanfaat
Delete