Sunday, 27 May 2018

PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU TERHADAP TEKS SEJARAH LAIN


TUJUAN PENULISAN
  • Sastera sejarah sebagai sastera istana atau tujuan penulisan.
  • Sastera sejarah berperanan memberikan pegabsahan kepada golongan bangsawan atau pemerintah, memastikan kewujudan serta kelangsungan taat setia rakyat terhadap golonganraja, disamping mengemukakan kisah-kisah yang dianggap oleh pengarang mempunyai makna dan kepentingan sejarah.
  • Contoh Hikayat Merong Mahawangsa menunjukkan pengarang menyatakan tujuan mereka menulis. “Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang terkemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan sejarahnya”.
  • Hikayat Melayu menyusurgalurkan Keturunan Raja-raja Melayu sehingga berkesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teks ini juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dnegan unsur sejarah Siak.
  • Hikayat Melayu juga mempunyai tujuan mengapa ia nya ditulis walaupun tidak ditulis pada mukadimahnya.


SIFAT KEAKUAN
  • Sifat keakuan atau individu sebagai pemilik teks dianggap sebagai suatu perubahan yang besar dalam penulisan teks sastera sejarah berbanding genre teks sebelumnya.
  • Contohnya Silsilah Raja-raja Melayu dan Bugis ditulis oleh Raja Ali Haji dan Hikayat Melayu ditulis oleh Tengku Said manakala penyalinnya ialah Muhammad Nuruddin Aceh.


PERANAN PENGARANG
  • Peranan pengarang Melayu tradisi melalui faktor luaran dan dalaman mempengaruhi pengarang untuk melahirkan teks tersebut.
  • Contoh Hikayat Melayu yang diselenggarakan dan diberikan judul oleh Muhammad Yusoff Hashim merujuk versi ke 6 iaitu versi teks Sejarah Melayu dari versi panjang.
  • Teks dirawikan oleh Tengku Said dari keturunan Siak pada 23 Safar, hari Ahad tahun 1272 Hijrah dan disalin semula oleh Muhammad Nuruddin Acheh di Betawi.
  • Pengaruh permasalahan mengenai judul.
  • Sastera yang ditulis kerap kali mengalami perubahan.
  • Naskah diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad telah menggunakan judul Sulalatus Salatin iaitu nama asal bagi Sejarah Melayu.
  • Contohnya Muhammad Yusoff Hashim menyatakan bahawa Hikayat Melayu mempunyai berbagai judul dan teks ini dikelompokkan sebagai teks versi panjang. 
  • Peranan pengarang sebagai dagang yang mengulang kembali teks Kanon iaitu Sejarah Melayu.
  • Contoh bahagian awal penulisan Tuhfat al Nafis menjadi rujukan penting kepada Hikayat Melayu terutamanya bahagian agenda pengarang melahiran teks.


PENSEJARAHAN
  • Persejarahan melalui penggunaan pelbagai jenis sumber menunjukkan bahawa sejarawan melayu bukan mereka idea sejarah meraka malah telah menghasilkan idea sejarah yang bersifat saintifik.
  • Contohnya Muhammad Yusoff Hashim penyelenggara kepada Hikayat Siak. Beliau membuat analisis tentang asal usul teks dan perbincangan tentang mitos, pergelutan kuasa, bahasa dan sedikit perbandingan Hikayat Siak dengan Tuhfat al Nafis.


22 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu saya untuk memahami sastera dengan lebih mendalam lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat membantu saya untuk memahami sastera dengan lebih mendalam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  3. Terima kasih. Info yang bermanfaat dan amat sesuai untuk dijadikan rujukan...Terbaik

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi ilmu...saya akan hadam semua ini untuk pembalajaan masa akan datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  5. terima kasih atas segala komen yang telah diberikan.

    ReplyDelete
  6. Isi kandungan yang lengkap dan mudah difahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!

      Delete
  7. Blog sangat cantik. Tahniah

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. point yg saya cari selama ni ad disini.. terima kasih selesaikan masalah saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, harap ilmu yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat bersama. Terima kasih.

      Delete
  9. Terima kasih, info yang bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga dapat membantu anak muda

      Delete
  10. Terima kasih info bermanfaat, blog awak cantik sangat sesuai untuk module pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Semoga nota ini dapat membantu anak muda

      Delete
  11. Wow.. maklumat yg mantap dan padat utk difahami tentang sejarah penulisan melayu. Terima kasih diatas perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Semoga nota ini dapat membantu anda

      Delete
  12. terima kasih atas perkongsian ilmu yang jelas dan manarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama saiii semoga membantu pelajar sekolah macam anda

      Delete