1. Humor
- Dalam karya agung turut memasukkan unsur humor yang menjadikan sesebuah karya agung tersebut hebat dan menjadi nilai estetika yang tersendiri. Humor yang dimasukkan dalam penceritaan karya agung memberi nilai estetika kepada karya agung yag dikarang sekaligus mencantikkan keindahan dalam karya tersebut.
- Humor ialah perbuatan yang menimbulkan kelucuan. Dalam sejarah Melayu terdapat unsur-unsur humor yang diceritakan oleh pengarang. Humor mempunyai nilai estetika dan memberi keindahan kepda sesebuah karya agung. Teknik humor yang digunakan oleh pengarang mampu untuk memberikan nilai estetika kepada sesebuah karya agung itu sendiri.
2. Mitos
- Mitos, sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan, ataupun alam semesta. Ianya kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap ketidakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.
- Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.
- Antara kepentingan mitos dalam karya adalah seperti menunjukkan keagungan keturunan raja-raja, menunjukkan sifat luar biasa raja, menyindir atau mengkritik raja, mendidik dan menakutkan rakyat serta mempelbagaikan kaedah atau teknik penulisan.
3. Agama
- Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan
- Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi
4. Asal usul
- Sejarah Melayu juga menggambarkan tentang asal-usul raja-raja Melayu dan pembukaan negeri-negeri Melayu seperti Pasai, Samudera dan Melaka. Karangannya turut menyatakan tentang keagungan dan kebesaran pemerintahan Kesultanan Melaka dengan cara yang dipengaruhi oleh kemasukan agama Islam. Dalam bidang politik pula, Sejarah Melayu mengisahkan bahawa bagaimana perhubungan Melaka dengan negeri China. Melalui perhubungan inilah menyebabkan Siam tidak berani mengganggu negeri Melaka. Di samping itu juga Melaka juga menjalinkan hubungan baik dengan Majapahit.
5. Binatang
- Pembukaan negeri Melaka. Pembukaan negeri Melaka dapat dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan seekor anjing. Raja Iskandar Syah kagum dengan kekuatan pelanduk tersebut. Baginda seterusnya bercadang untuk membuka negeri di kawasan tersebut. Nama negeri Melaka berasal daripada nama pokok, iaitu pokok Melaka. Raja Iskandar Syah bersandar pada sebatang pokok dan menanyakan nama pokok berkenaan pada para pengikutnya. Baginda seterusnya menjadikan nama pokok berkenaan sebagai nama negeri yang baru dibuka.
- Asal- usul Singapura pula dapat dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama ‘singa’. Pembukaan Singapura melibatkan Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun, Menteri Bupala dan Batala. Semasa pembukaan Singapura, Seri Teri Buana berteduh di bawah pokok jambu. Kemudian, tiba-tiba baginda melihat seekor binatang yang berbulu merah pada tubuh dan mempunyai kepala yang berwarna kehitam-hitaman serta mempunyai bulu berwarna putih pada dada melintas dengan agak pantas di hadapan baginda. Seterusnya, baginda bertanyakan nama binatang berkenaan kepada pengikutnya dan menamakan negeri yang baru dibuka itu dengan nama haiwan tersebut
- Pembukaan Pasai pula dapat dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku’s Salleh yang bernama Si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi. Negeri yang baru dibuka oleh Sultan Maliku’s Salleh itu diambil sempena nama anjingnya, Si Pasai.
Sangat membantu kita dalam memahami dengan mudah tentang unsur-unsur tertentu seperti humor dan unsur-unsur lain yang berkaitan terdapat dalam salalatus salatin ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteSangat menarik dan mudah difahami
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteMaklumat yg berguna
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
Deleteterima kasih, semoga maklumat tersebut dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran anda semua
ReplyDeleteBab ni yang paling saya suka. Bermanfaat dan menambahkan pengetahuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Semoga bermanfaat!
DeleteMaklumat yg mantap dan padat. Terima kasih diatas perkongsian ini.
ReplyDeleteSama sama. Semoga dapat membantu anda
DeleteSangat sesuai digunakan untuk pelajar kini
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga bermanfaat
DeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu. Maklumat tersebut sangat memberikan manfaat kepada saya dan mampu menambahkan pengetahuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga membantu anda
Delete