Tuesday, 29 May 2018

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

AT01 ISMP KESUSASTERAAN MELAYU

BSS3143 TEKS KANON MELAYU 

KUMPULAN 7


NAMA AHLI
NOMBOR MATRIK
NUR FAHIZA BINTI ZAINUDIN
D20161073252
ROSELINE LANDI ANAK TUKAU
D20161073262
NOR FARANAZUHA BINTI SALIKIN
D20161073261
NURAIN NABILAH BINTI MAT PIAH
D20161073283
SYAHZANANI HUSNA BINTI ZAMRI
D20161073232



PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA 





Blog ini dicipta khas untuk membantu pelajar tingkatan 6 memahami kandungan Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dengan lebih mendalam. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi beramai-ramai.

TEKNIK PENULISAN

Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya sebagai Bendahara yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek kepengarangan, penggunaan gaya bahasa, peraturan dan adat istiadat iastana Melayu. Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah begi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikannya ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal.
            Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya. Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun, seloka dan gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskah tersebut didakwa bukan naskah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semua oleh Tun Sri Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Melalui titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijarah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
            Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R.O Winstedt. Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar negara. Menurut Tenku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad menyatakan bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin. Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskah Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali. Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulaltus Salatin, Tengku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.
            Syeikh Nuruddin al-Raniri juga turut menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan utama dalam penulisan karyanya iaitu Bustanus Salatin yang ditulis pada tahun 1637-1641. Beliau merupakan seorang ulama, penulis terkenal di Nusantara dan juga sahabat akrab Tun Sri Lanang, turut memetik banyak perkara daripada Sejarah Melayu, Bab II fasal 12. Abdul Samad Ahmad juga dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut membangkang pendapat R.O Winstedt yang beria-ria menafikan Tun Sri Lanang sebagai penulis dan penyalin Sulalatus Salatin. Beliau juga menambah, Tun Sri Lanang menulis karya tersebut untuk menggembirakan rajanya, setelah memohon petunjuk daripada Allah SWT dan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Maka bermulalah penulisan Sulalatus Salatin berdasarkan apa yang diceritakan oleh ayahanda datuknya. Oleh itu, sudah tentu karya tersebut dikarang dengan penuh teliti dan berhati-hati oleh Tun Sri Lanang dan padanya karya itu cukup sempurna daripada aspek sasteranya.
            Tengku Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa jika Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah ketokohannya dalam bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang mula menumpukan perhatian dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas perang di Batu Sawar pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan Alauddin Riayat III dan dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai masa yang panjang untuk mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut. Pada ketika itu juga terdapat beberapa penulis masyhur Aceh seperti Syeikh Shamsuddin Pasai, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri. Persamaan zaman antara Tun Sri Lanang dengan pengarang-pengarang hebat ini dapat dikatakan kemungkinan besar mereka sempat bertukar maklumat dan pendapat antara satu sama lain yang mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi penulisan beliau. Melihat kepada bukti-bukti tersebut, dapat ditegaskan bahawa Tun Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin dan karya ini seharusnya diiktiraf sebagai karya asal tulisan Tun Sri Lanang dan beliau bukan sekadar penyalin semata-mata. Sungguhpun teks Hikayat Melayu diambil sebahagian daripada kandungannya, namun rujukan bahan, sumber-sumber primer, serta cerita-cerita lisan yang didengar daripada datuk neneknya dan daripada pengalamannya sendiri yang disusun dan digarap mengikut gaya bahasa yang tersendiri dalam pelbagai aspek sastera cukup untuk menjadikan beliau digelar pengarang Sulalatus Salatin yang asli.
            Tun Sri Lanang seperti dikenali adalah seorang sasterawan Melayu yang terkenal pada zaman kesultanan Melayu bersama karya agungnya iaitu Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengarang dan menyusun kembali Hikayat Melayu di atas titah Raja Abdullah pada tahun 1612 dan berjaya menyiapkannya pada tahun 1612. Kepengarangan beliau tidak dapat disangkal lagi dengan wujudnya pelbagai fakta-fakta dan bukit-bukit yang menyokong keaslian dan kutelanan beliau sebagai penulis asal kitab Sulalatus Salatin ini. Kebijaksanaan dan kepintaran beliau dalam ilmu mengarang jeles terpancar dalam karyanya apabila beliau berjaya menyampaikan mesej dan pengajaran melalui kata-kata yang tersusun indah dalam bait-baitnya serta imaginasi lakaran peristiwa yang dilukis indah dalam kitab tersebut. Maka beliau tidak seharusnya dianggap hanya sebagai penyalin Hikayat Melayu bahkan sebagai orang yang mengarang, menulis, memperbaiki dan mempertingkatkan mutu karya awal sehingga terhasilnya karya agung dalam catatan sejarah Melayu yang dikenali umum dengan nama Sulalatus Salatin. Dengan itu terserahlah ilmu kepengarangan dan persuratan Tun Sri Lanang dalam memertabatkan sejarah kegemilangan masyarakat Melayu seperti yang tercatat dalam karya agungnya itu iaitu Sulalatus Salatin. 

UNSUR PENGETAHUAN LAIN BERKAITAN DENGAN SEJARAH MELAYU

1. AGAMA
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam. Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas. Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.
Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) dan wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi.
Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;
                 Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,
maksudnya, tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya.
Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim. Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab.". Hanya pada akhir cerita sahaja diakhiri dengan ayat "Wa'llahu a'lam."
Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.



2. SEJARAH
Sejarah Melayu adalah satu sumber sejarah yang berguna untuk menuliskan sejarah Malaysia di antara tahun 1400-1511, terutama sekali mengenai sejarah Melaka sebelum penaklukan oleh Feringgi. Menurut Sanusi Ahmad, hanya dengan membaca Sejarah Melayulah kita dapat menggambarkan cara hidup dan sejarah Melaka tahun 1511, seperti kebudayaan, tradisi, adat istiadat dan masyarakat serta keadaan pelabuhannya yang menjadi tumpuan para pedagang dari pelbagai negeri.
Pengarang menulis Sejarah Melayu yang bertemakan kemegahan dan kesultanan Melayu, dan secara keseluruhan ceritanya berpusat kepada golongan raja-raja serta pembesar-pembesar yang berlatar berlakangkan istana dan kawasan pemerintahan. Pengarang juga menyelitkan kisah-kisah bercorak mitos, lagenda, cerita rakyat dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah unsur-unsur sastera walaupun ada yang bercorak sejarah. Tanpa sumbangan besar daripada tokoh terkemuka seperti Tun Sri Lanang ini, pastinya masyarakat dan generasi pada masa kini masih terkapai-kapai dan kekaburan dalam meneliti sejarah bangsa dan selok belok kebudayaan Melayu itu sendiri.
Melaka merupakan pusat tumpuan pedagang-pedagang yang melalui Selat Melaka. Melaka adalah pusat perdagangan utama pada ketika itu dan barang dagangan yang paling utama adalah rempah ratus. Pedagang-pedagang yang berdagang di pelabuhan Melaka adalah seperti pedagang Arab, China, Siam, Jawa,dan lain-lain. Oleh itu, untuk mengukuhkan Melaka sebagai pelabuhan utama di Selat Melaka, kerajaan Melaka ketika itu turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ini.
Melaka turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri lain seperti Terengganu, Kelang, Beruas, Pahang, Sulawesi dan Kampar. Kebanyakan negara-negara ini menghantar ufti sebagai tanda mengakui kedaulatan kerajaan Melaka dan ada juga negeri yang menghantar ufti sebagai tanda negeri tersebut di bawah jajahan takluk kerajaan Melaka. Contohnya kerajaan Siam telah menganugerahkan seorang puteri yang bernama Onang Minang Lang kepada Tun Telanai yang dihantar oleh Sultan Mansor Syah sebagai utusan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam. Penganugerahan ini diberi kerana Tun Telanai dan rombongannya telah Berjaya menolong Raja Siam mengalahkan negeri jirannya .Sebagai balasan kepada kerajaan Melaka, Raja Siam membalas utusan Melaka dengan mengirim surat dan hadiah tanda persahabatan.
Jalinan hubungan diplomatik kerajaan Melaka dengan Negara China merupakan hubungan diplomatik yang paling penting. Hubungan ini kekal hingga ke hari ini. Hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan China bermula setelah kerajaan China menghantar utusan ke Melaka dengan membawa bingkisan jarum sarat sebuah pilau (kapal) untuk menunjukkan bilangan penduduk China yang ramai.
Selain itu dikirimkan juga beberapa barang berharga yang luar biasa. Hubungan diplomatik kerajaan Melaka dengan negara-negara tersebut adalah untuk kepentingan kedudukan dan kedaulatan kerajaan Melaka. Oleh kerana itulah mereka perlu menghantar ufti sebagai tanda kedaulatan kerajaan Melaka. Terdapat juga sesetengah negeri ini adalah jajahan takluk kerajaan Melaka seperti Pahang. Dengan hubungan diplomatik ini juga dapat mewujudkan hubungan perdagangan seperti China yang sehingga hari ini adalah rakan dagangan Malaysia yang penting.



3. KEMANUSIAAN
Sikap hormat-menghormati terdapat dalam kalangan mereka. Seorang rakyat biasa umpamanya tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar di atasnya. Hal ini digambarkan tatkala mengetahui bahawa Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini. Tetapi penentangan tersebur dilarang oleh Tun Mutahir kerana perbuatan itu disifatkan oleh beliau sebagai menderhaka kepada Sultan. Pengikut-pengikut ini kemudiannya tidak jadi menentang.
Selain itu, seorang ulama juga sangat dihormati sehingga sultan Melaka sendiri menghormatinya. Hal ini berlaku apabila guru baginda Sultan Mahmud Syah iaitu Maulana Yusoff enggan membenarkan baginda mengadap guru tersebut dengan menunggang gajah, dan akhirnya baginda mematuhi kehendaknya.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi bahasanya. Hal ini digambarkan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sejarah Melayu. Adat Istiadat diraja juga dikarang oleh Tun Seri Lanang bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu .Oleh hal yang demikian, Sejarah kebudayaan masyarakat Melayu turut dipaparkan di dalam Sejarah Melayu bagi tatapan masyarakat dewasa ini.
Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.
Seterusnya ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan  seseorang watak dianggap sebagai kemanusiaan sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi peristiwa Waad antara  Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan negeri.



4. KEMASYARAKATAN
Sejarah Melayu mempamerkan gambaran tentang struktur masyarakat Melaka yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan masyarakat, antaranya termasuklah masyarakat daripada golongan pemerintah dan kerabat diraja, yang kemudiannya diikuti oleh golongan pentadbir-pentadbir yang terdiri daripada pembesar-pembesar yang menduduki kelompok bangsawan Melayu.
      Golongan dalam kalangan ulama turut menduduki taraf istimewa di sisi kerajaan Melaka. Walaupun mereka bukan sebahagian daripada keluarga istana, namun ramai antara para ulama ini mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja Melaka. Golongan yang dianggap paling rendah sekali kedudukannya dalam struktur masyarakat pada masa itu ialah hamba abdi.
Orang-orang asing juga digambarkan oleh Tun Seri Lanang berdamping rapat dengan istana Melaka. Ramai di antara mereka ialah saudagar-saudagar Keling seperti Nila Sura Dewana, Kitul, Aki Manu Nayan yang menjadi seorang pedagang dan seorang saudagar Keling yang paling kaya, juga menjadi Syahbandar, iaitu Raja Mendaliar. Terdapat juga orang jawa yang mempunyai kedudukan yang sama ialah Patih Adam iaitu seorang pangeran dari Surabaya.
Kebudayaan masyarakat Melayu turut digambarkan oleh pengarang Sejarah Melayu sebagai pengetahuan kita. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan lain-lain. Terdapat beberapa adat antaranya adalah adat yang sebenar-benar adat iaitu adat yang betul-betul berteraskan islam itu sendiri, tetapi sebelum kedatangan islam banyak dipengaruhi oleh hindu dan budha, namun apabila Islam telah timbul, maka apa yang bertentangan dengan Islam diketepikan.
Yang kedua adalah berteraskan adat yang sebenar-benar adat. Yang ketiga adalah adat yang teradat iaitu adat yang dicipta oleh pemimpin itu sendiri, iaitu raja. Seterusnya, adat istiadat iaitu peraturan-peraturan yang biasa dilakukan setiap hari, setiap ketika yang ada dalam istana dan luar istana. Akhir sekali ialah adat resam iaitu adat yang diamalkan oleh masyarakat tersebut.
Adat menderhaka kepada raja, yang pastinya akan dihukum bunuh.  Muhd Mansur Abdullah mengungkap perkara ini dengan mengupas naskhah W.G Shellabear dalam cerita ke 14, 15 dan 16 tentang cerita mengenai Hang Tuah dan pengkhianatan Hang Kasturi. Kisah akhir dalam bab ini yang mengisahkan kejayaan Hang Tuah yang Cuma disorokkan oleh Bendahara di hulu Melaka, membunuh Hang Hasturi yang dianggap penderhaka kepada raja.



Sunday, 27 May 2018

UNSUR-UNSUR TERTENTU

1. Humor
  • Dalam karya agung turut memasukkan unsur humor yang menjadikan sesebuah karya agung tersebut hebat dan menjadi nilai estetika yang tersendiri. Humor yang dimasukkan dalam penceritaan karya agung memberi nilai estetika kepada karya agung yag dikarang sekaligus mencantikkan keindahan dalam karya tersebut.
  • Humor ialah perbuatan yang menimbulkan kelucuan. Dalam sejarah Melayu terdapat unsur-unsur humor yang diceritakan oleh pengarang. Humor mempunyai nilai estetika dan memberi keindahan kepda sesebuah karya agung. Teknik humor yang digunakan oleh pengarang mampu untuk memberikan nilai estetika kepada sesebuah karya agung itu sendiri.




2. Mitos
  • Mitos, sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan, ataupun alam semesta. Ianya kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap ketidakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.
  • Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.
  • Antara kepentingan mitos dalam karya adalah seperti menunjukkan keagungan keturunan raja-raja, menunjukkan sifat luar biasa raja, menyindir atau mengkritik raja, mendidik dan menakutkan rakyat serta mempelbagaikan kaedah atau teknik penulisan.




3. Agama
  • Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan
  • Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi




4. Asal usul
  • Sejarah Melayu juga menggambarkan tentang asal-usul raja-raja Melayu dan pembukaan negeri-negeri Melayu seperti Pasai, Samudera dan Melaka. Karangannya turut menyatakan tentang keagungan dan kebesaran pemerintahan Kesultanan Melaka dengan cara yang dipengaruhi oleh kemasukan agama Islam. Dalam bidang politik pula, Sejarah Melayu mengisahkan bahawa bagaimana perhubungan Melaka dengan negeri China. Melalui perhubungan inilah menyebabkan Siam tidak berani mengganggu negeri Melaka. Di samping itu juga Melaka juga menjalinkan hubungan baik dengan Majapahit. 




5. Binatang
  • Pembukaan negeri Melaka. Pembukaan negeri Melaka dapat dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan seekor anjing. Raja Iskandar Syah kagum dengan kekuatan pelanduk tersebut. Baginda seterusnya bercadang untuk membuka negeri di kawasan tersebut.  Nama negeri Melaka berasal daripada nama pokok, iaitu pokok Melaka. Raja Iskandar Syah bersandar pada sebatang pokok dan menanyakan nama pokok berkenaan pada para pengikutnya. Baginda seterusnya menjadikan nama pokok berkenaan sebagai nama negeri yang baru dibuka.
  • Asal- usul Singapura pula dapat dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama ‘singa’. Pembukaan Singapura melibatkan Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun, Menteri Bupala dan Batala. Semasa pembukaan Singapura, Seri Teri Buana berteduh di bawah pokok jambu. Kemudian, tiba-tiba baginda melihat seekor binatang yang berbulu merah pada tubuh dan mempunyai kepala yang berwarna kehitam-hitaman serta mempunyai bulu berwarna putih pada dada melintas dengan agak pantas di hadapan baginda. Seterusnya, baginda bertanyakan nama binatang berkenaan kepada pengikutnya dan menamakan negeri yang baru dibuka itu dengan nama haiwan tersebut
  • Pembukaan Pasai pula dapat dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku’s Salleh yang bernama Si Pasai menyalak di suatu kawasan  tanah tinggi. Negeri yang baru dibuka oleh Sultan Maliku’s Salleh itu diambil sempena nama anjingnya, Si Pasai. 


PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU TERHADAP TEKS SEJARAH LAIN


TUJUAN PENULISAN
  • Sastera sejarah sebagai sastera istana atau tujuan penulisan.
  • Sastera sejarah berperanan memberikan pegabsahan kepada golongan bangsawan atau pemerintah, memastikan kewujudan serta kelangsungan taat setia rakyat terhadap golonganraja, disamping mengemukakan kisah-kisah yang dianggap oleh pengarang mempunyai makna dan kepentingan sejarah.
  • Contoh Hikayat Merong Mahawangsa menunjukkan pengarang menyatakan tujuan mereka menulis. “Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang terkemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan sejarahnya”.
  • Hikayat Melayu menyusurgalurkan Keturunan Raja-raja Melayu sehingga berkesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teks ini juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dnegan unsur sejarah Siak.
  • Hikayat Melayu juga mempunyai tujuan mengapa ia nya ditulis walaupun tidak ditulis pada mukadimahnya.


SIFAT KEAKUAN
  • Sifat keakuan atau individu sebagai pemilik teks dianggap sebagai suatu perubahan yang besar dalam penulisan teks sastera sejarah berbanding genre teks sebelumnya.
  • Contohnya Silsilah Raja-raja Melayu dan Bugis ditulis oleh Raja Ali Haji dan Hikayat Melayu ditulis oleh Tengku Said manakala penyalinnya ialah Muhammad Nuruddin Aceh.


PERANAN PENGARANG
  • Peranan pengarang Melayu tradisi melalui faktor luaran dan dalaman mempengaruhi pengarang untuk melahirkan teks tersebut.
  • Contoh Hikayat Melayu yang diselenggarakan dan diberikan judul oleh Muhammad Yusoff Hashim merujuk versi ke 6 iaitu versi teks Sejarah Melayu dari versi panjang.
  • Teks dirawikan oleh Tengku Said dari keturunan Siak pada 23 Safar, hari Ahad tahun 1272 Hijrah dan disalin semula oleh Muhammad Nuruddin Acheh di Betawi.
  • Pengaruh permasalahan mengenai judul.
  • Sastera yang ditulis kerap kali mengalami perubahan.
  • Naskah diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad telah menggunakan judul Sulalatus Salatin iaitu nama asal bagi Sejarah Melayu.
  • Contohnya Muhammad Yusoff Hashim menyatakan bahawa Hikayat Melayu mempunyai berbagai judul dan teks ini dikelompokkan sebagai teks versi panjang. 
  • Peranan pengarang sebagai dagang yang mengulang kembali teks Kanon iaitu Sejarah Melayu.
  • Contoh bahagian awal penulisan Tuhfat al Nafis menjadi rujukan penting kepada Hikayat Melayu terutamanya bahagian agenda pengarang melahiran teks.


PENSEJARAHAN
  • Persejarahan melalui penggunaan pelbagai jenis sumber menunjukkan bahawa sejarawan melayu bukan mereka idea sejarah meraka malah telah menghasilkan idea sejarah yang bersifat saintifik.
  • Contohnya Muhammad Yusoff Hashim penyelenggara kepada Hikayat Siak. Beliau membuat analisis tentang asal usul teks dan perbincangan tentang mitos, pergelutan kuasa, bahasa dan sedikit perbandingan Hikayat Siak dengan Tuhfat al Nafis.


Thursday, 24 May 2018

SENARAI TEKS SEJARAH MELAYU

1. HIKAYAT MELAYU (1998)
  • Merupakan teks sastera sejarah versi Tengku Said. 
  • Teks sastera sejarah yang menyusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu sehingga kesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teksnya juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dengan sejarah Siak.
  • Mempunyai tujuan mengapa ia ditulis.
  • Pada bahagian mukadimahnya tidak ada langsung petikan yang menunjukkan teks ditulis untuk “tujuan menyukakan rajanya” ataupun “supaya diketahui oleh anak cucu yang terkemudian” melainkan hanyalah disebut oleh pengarang, seperti petikan berikut, “Inilah ceritera Raja Islandar Zulkarnain tertulis di dalam negeri Betawi keada 24 Julai tahun 1893”.
  • Teks ini juga memaparkan dengan jelas tarikh dan tempat, bila dan dimana teks Hikayat Melayu ditulis.




2. TUHFAT AL NAFIS (1982)
  • Teks Tuhfat al Nafis dikenali sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daripada ucapan.
  • Teks ini dikatakan satu naskah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang iaitu ayah dan anak (Haji Raja Ahmad dan Haji Raja Ali).
  • Raja Ali merupakan seorang intelektual terkenal di penghujung abad ke 19 yang menghasilkan karya bukan hanya sastera malah ada juga dalam bidang lain seperti agama, sejarah, bahasa dan budaya Melayu.
  • Teks ini telah diisalin untuk disimpan di Istana Diraja Terengganu pada pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).
  • Pada tahun 1860 an teks asli Tuhfat al Nafis selesai ditulis oleh orang Bugis dalam struktur politik Melayu dan selesai disalin oleh Alwi dari kepulauan Karimun pada 6 september 1886 dan seratus tahun kemudian pada 1986 telah disalin semula oleh Tengku Ismail bin Tengku Su.
  • Merupakan penulisan Sejarah Istana Melayu Tradisional, karya ini  mula ditulis di Istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.




3. HIKAYAT SIAK (1992)
  • Teks yang mengisahkan sejarah kerajaan Siak dan ditulis atas permintaan salah satu anggota keluarga kerajaan Siak.
  • Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
  • Manuskrip Hikayat Siak ditemui di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia Jakarta.
  • Manuskripnya banyak memerihalkan situasi politik Johor.
  • Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi banyak menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
  • Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718.
  • Keseluruhan tema teks ini adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai keturunan warisan Kesultanan Melaka.




4. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1991)
  • Teks yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah.
  • Teks ini bermula daripada pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agong dari Macedonia hingga ketibaan Islam abad ke 12.
  • Turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
  • Tiada yang tahu bila teks ini pertama kali dikarang.
  • Ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat Merong Mahawangsa ditulis pada abad ke 19 berdasarkan peristiwa pembakaran salinan buku ini atas perintah kerajaan Siam.
  • Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara pada abad ke 19 dan awal abad ke 20.




5. HIKAYAT RAJA PASAI (1987)
  • Menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara.
  • Mengisahkan masyarakat melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan jawi).
  • Tarikah awal hikayat ini ditulis tidak dapat dikenalpasti.
  • Penyelidik menyatakan teks asal teks ini ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.
  • Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.


MITOS & LAGENDA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. Menurut Noriah Taslim (1986), mitos dikatakan sebagai tradisi agama Hindu, raja-raja itu ialah dewa raja (God-King) iaitu raja adalah bayangan Tuhan. Konsep ini telah menyebabkan masyarakat membenarkan dan mempercayai hakikat kehebatan raja. Kesimpulannya, mitos bermaksud kepercayaan atau keyakinan yang diterima bulat-bulat tanpa bukti.
Legenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Legenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Harun Mat Piah (2003), mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian legenda. Selain memberi definisi khusus, beliau turut membuat perbandingan yang jelas antara legenda dengan mitos. Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa, Legenda membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Secara kesimpulannya, legenda dapat didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa atau makhluk lain.
Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986), legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, tokoh-tokoh yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umpamanya.  Seterusnya, tokoh-tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungannya dengan kekuatan politik dan agama. Di samping itu, keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuatan batin yang luar biasa serta sangat terkenal dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.  Justeru, legenda menjadi kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh masyarakat setempat, lalu menjadi milik seluruh masyarakat tersebut.  Berdasarkan hal tersebut, dapatlah diketahui bahawa legenda ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Seterusnya, legenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya.  Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.  Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.  Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.  Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keamanan kerajaan Melaka.  Berikut merupakan petikan kata-kata baginda:
“Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini; kita kelahi dengan dia pun tidak, dan berdamai pun tiada…”
                                        (Sulalatus Salatin, hlm. 107)

            Hal tersebut jelas menunjukkan kebijaksanaan Sultan Mansur Syah yang secara tidak langsung telah mengangkat kehebatan orang Melayu.  Tujuan tokoh ini ditampilkan adalah untuk memuji ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu, sebagaimana Sejarah Melayu dalam memetik kata-kata Betara Majapahit;

“Adapun orang Melayu ini terlalu cerdik daripada segala orang negeri lain; pada sebarang permainan pun tewas juga orang lain oleh orang Melaka”                                                                                            (Sulalatus Salatin, hlm.22)
                          
Selanjutnya, legenda juga direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh legenda.  Sebagai contoh, watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.  Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 162).  Sehubungan dengan itu, perihebatnya tokoh ini di mata masyarakat telah digambarkan dalam Sejarah Melayu:
“Adapun akan Laksamana Hang Tuah barang tempat ia pergi, gegak-gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya.  Jika ia peseban, peseban gempar; jika ia di panggungan, panggungan gaduh dan segala perempuan Jawa anak-anak dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itu pun bangun hendak melihat Hang Tuah; itulah dipantunkan Jawa…” Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menonjolkan tokoh Hang Tuah itu sendiri sekaligus mengangkat watak tersebut.
Secara umumnya, legenda-legenda ini sengaja diwujudkan dengan tujuan-tujuan tertentu yang dihubungkan dengan seseorang tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya.  Pelbagai sanjungan diberikan kepada individu-individu tersebut.  Di samping itu, sanjungan tersebut pula lahir sesuai dengan fungsinya yang berfungsi memperbesar-besarkan taraf, keturunan dan kedudukan raja yang disanjung


PERANAN DAN FUNGSI

1) PENDIDIKAN
Sejarah Melayu menceritakan bagaimana Melaka muncul sebagai pusat pendidikan Islam terkemuka di alam Melayu dengan kehadiran ulama-ulama dari Tanah Arab termasuklah Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadzi Yusuf, Kadzi Menua, Kadzi Menawar Syah, Makhdum/Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalaludin. Selain itu, beberapa orang Sultan seperti Sultan Mansur Syah sangat mencintai ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar dalam ilmu agama dan mengutus permasalahan agama ke Pasai. Melaka juga muncul sebagai pusat keilmuan Islam terkemuka apabila Kitab Darul Manzum karangan Syeikh Abu Ishaq di bawa oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka dan diajar kepada masyarakat. Sejarah Melayu juga mencatatkan bagaimana masyarakat Melaka belajar dengan para ulama seperti kisah Tun Mai Ulat Bulu yang belajar menyebut perkataan Arab dengan Maulana Sadar Jahan serta kisah Sultan Mahmud Syah yang berguru dengan Kadi Yusof.


2) ESTETIK
            Estetika merupakan ilmu yang memperkatakan tentang nilai keindahan. Penelitian terhadap nilai estetika dalam sesebuah karya sememangnya luas. Keindahan bukan sekadar tercipta melalui bahasanya, malah keindahan boleh dilihat dalam adat dan budaya, tingkah laku, gambaran watak dan sebagainya. Persoalan tentang nilai estetika ini banyak diutarakan dalam sesebuah karya sastera terutamanya dalam puisi-puisi Melayu.  Falsafah estetika meliputi nilai-nilai keindahan dan seni, nilai retorik, suasana hati dan pelbagai lagi yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nilai kecantikan. Masyarakat Melayu sangat menitikberatkan nilai estetika terutamanya daripada aspek pertuturan kemudian digarap dalam bentuk penulisan. Hampir setiap karya mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
Mana Sikana, 1996 menyatakan orang Yunani Purba menganggap keindahan itu sebagai sejenis perasaan, yang hanya akan dapat dinikmati oleh rohani. Islam juga melihat alam sebagai unsur keindahan. Manusia akan terpesona dengan keindahan alam yang mampu menenangkan jiwa dan sesungguhnya keindahan ini adalah hakikat daripada kekuasaan Tuhan. Hal ini menunjukkan takrifan mengenai nilai ‘estetika’ sangat luas. Pelbagai pandangan yang diberikan mengenai nilai estetika. Dalam konsep penghasilan sesuatu karya sastera, nilai estetika dapat dilihat melalui kepelbagaian bentuk bahasa yang digunakan seperti penggunaan bahasa asing dan puisi dalam karya. Masyarakat dahulu sememangnya terkenal dengan nilai estetika dalam penggunaan bahasa.
Berdasarkan penelitian terhadap karya agung Sulalatus Salatin, nilai estetika dapat dilihat berdasarkan penggunaan puisi dalam karya ini. Terdapat beberapa puisi Melayu tradisional yang terkandung dalam penulisan karya ini. Antaranya dalam bab kesepuluh, dalam peristiwa Tun Mutahir dijadikan Bendahara, halaman 207. Selain itu, penggunaan puisi tradisional ini juga dapat dilihat dalam bab yang sama dalam peristiwa Meminang “Puteri Gunung Ledang”. Penggunaan bait-bait puisi dapat dilihat dalam contoh yang berikut:
Kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab;
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayanghendak ditangkap
                                                           (Sulalatus Salatin: 214)                                 
Petikan puisi tradisional di atas telah diungkapkan bunga telipuk semasa peristiwa Tun Mamad hendak meminang Puteri Gunung Ledang  untuk sultan Mahmud Syah. Keagungan bahasa Melayu klasik ditandai dengan bahasa yang mempunyai nilai estetika. Bahasa yang dituturkan bukan sekadar dituturkan dalam bentuk kebiasaan, malah masyarakat dahulu juga menggunakan pelbagai puisi seperti pantun, seloka, syair dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Hal ini memperlihatkan nilai estetika dalam sesuatu karya.


3) SOSIAL
Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Kritikan Sosial Walaupun teks Sejarah Melayu dilihat terlalu mengagung-agungkan dan memuliakan raja, namun begitu pengarangnya secara tersirat cuba untuk melakukan kritikan ke atas raja dalam beberapa peristiwa termasuklah peristiwa Singapura dilanggar todak. Apabila Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib kerana cemburu buta atas dakwaan kononnya ulama tersebut cuba menunjukkan kesaktian kepada isteri baginda, Tuan Jana Khatib dibunuh. Tidak lama selepas itu, Singapura ditimpa bala apabila dilanggar todak mengakibatkan ramai rakyat mati. Melalui kisah ini, pengarang cuba untuk meketengahkan soal kezaliman Raja tanpa usul periksa dan akibatnya Singapura ditimpa bala akibat pembunuhan seorang ulama yang sangat alim dari Pasai.
Seterusnya, Raja tanpa berfikir panjang menitahkan rakyat untuk berkubu betis bagi menangkis serangan todak tersebut. Tindakan Raja itu sekali lagi mengundang padah apabila semakin ramai rakyat yang cedera dan mati. Dalam hal ini penulis cuba untuk menggambarkan ketidakmampuan Raja dalam berpandangan jauh dan bersikap terburu-buru. Hanya apabila seorang kanak-kanak bernama Hang Nadim mengusulkan supaya dibuat benteng dengan batang pisang maka cadangan tersebut berjaya menghalang serangan todak. Namun Hang Nadim kemudiannya dibunuh kerana dikhuatiri akan melawan Raja apabila besar nanti. Dalam hal ini kritikan sebenarnya ditujukan kepada para pembesar yang mengampu dan buruk sangka yang mengelilingi dan memberi nasihat pada Raja pada ketika itu.
Bagi kritikan terhadap moral raja, penulis Sejarah Melayu tidak menyembunyikan keburukan Sultan Mahmud Syah yang dilihat sangat mengikut hawa nafsunya sehingga sanggup untuk bersekedudukan dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid dalam satu tugasan ke Morib. Selain itu, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang dan peristiwa penculikan Tun Teja dari Pahang ke Melaka bagi dijadikan isteri Sultan Mahmud Syah sehingga hampir memulakan perang di antara Pahang dan Melaka menunjukkan bagaimana sikap Sultan Mahmud Syah. Pengarang juga turut membuka aib Sultan Mahmud Syah dengan menceritakan tentang penyakit kesukaran untuk membuang air.
Bagi kritikan terhadap sikap suka termakan fitnah, peristiwa pembunuhan Bendahara Tun Mutahir berserta seluruh ahli keluarganya setelah difitnah oleh Raja Mendeliar (yang disampaikan melalui Laksamana Khoja Hasan) telah menunjukkan kegagalan Sultan Mahmud Syah dan sikap terburu-buru baginda yang menghukum tanpa usul periksa. Sultan juga dikritik kerana tindakannya dipengaruhi perasaan dendam kerana Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan anakandanya Tun Fatimah menjadi isteri Sultan seperti adat-adat Bendahara sebelumnya.
Seterusnya kritikan terhadap kezaliman raja. Beberapa kali ditekankan dalam Sejarah Melayu iaitu apabila pemerintah bertindak zalim ke atas rakyatnya, bala akan menimpa negeri itu. Dalam hal ini, pengarang Sejarah Melayu telah cuba untuk mengkritik sultan yang melanggar perjanjian di Bukit Seguntang di mana raja diberi Daulat, Rakyat diberi Keadilan. Berdasarkan ikatan daulat ini, Sejarah Melayu sebenarnya secara halus cuba menunjukkan betapa rajalah yang terlebih dahulu melanggar sumpah tersebut. Sebelum berlakunya pembelotan Sang Rajuna Tapa yang akhirnya terkena tulah dan disumpah menjadi batu.
Selain dalam kisah pembunuhan Tuan Jana Khatib, peristiwa Hang Nadim yang dizalimi, kisah Tun Biajid yang menerima tamparan apabila sultan bersekedudukan dengan isterinya, kisah pembunuhan anak Tun Perak dalam peristiwa sepak raga dan peristiwa pembunuhan keluarga Bendahara Tun Mutahir, ketidakadilan Raja terhadap rakyatnya bermula seawal kisah anak pembesar Singapura Sang Rajuna Tapa yang dijadikan gundik Raja seolah-olah menjatuhkan maruah Sang Rajuna Tapa sebagai Bendahara pada ketika itu.
Kemuncak kezaliman terhadap kezaliman Raja terhadap keluarga Sang Rajuna Tapa adalah apabila anakandanya itu disula di hadapan khalayak ramai kerana difitnah cuba bersekedudukan dengan seorang panglima. Ekoran rasa terhina dan kecewa, Sang Rajuna Tapa telah mengutus surat ke Majapahit supaya melanggar Singapura dan beliau sanggup belot dengan membuka pintu kota. Akhirnya, balasan terhadap Singapura muncul apabila negeri tersebut alah kepada Majapahit dan Raja dan pengikutnya terpaksa berundur ke Melaka. Walaupun begitu, kritikan tersebut masih dilihat berlapik apabila Sang Rajuna Tapa diketengahkan sebagai seorang antagonis yang akhirnya disumpah menjadi batu akibat terkena tulah.

NILAI DAN PENGAJARAN


BAB 1
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Bijaksana
Raja Iskandar Zulkarnain menggunakan kebijaksanaannya dan berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit sehingga berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi
Taat setia
Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Taat setia yang ditunjukkan atas wasiat yang diberikan oleh Raja Suran kepada Puteri Mahtabul Bahri menyebabkan Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan
Ketegasan
Raja Iskandar Zulkarnain menunjukkan ketegasannya yang tinggi sewaktu ingin berkahwin dengan Puteri Syahrul Bahriah



BAB 2
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Baik hati
Wan Empuk Wan Malini seorang yang baik hati menjadikan peristiwa yang menimpa padinya sebagai satu perkenalan bersama anak-anak Raja Suran
Kasih sayang
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki lembu putih
Setia
Masyarakat pada zaman dahulu sangat setia dengan Waad yang dilakukan demi kesejahteraan rakyat bersama



BAB 3
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Bertanggungjawab
Setelah Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan      penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang
Tabah
Merah Silu tabah dalam menghadapi penyakit cacing gelang-gelang. Beliau tidak pernah mengeluh terhadap penyakit yang menimpa dirinya
Taat setia
Taat setia pada perintah raja seperti Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu dengan sebaik yang mungkin
Bijaksana
Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din turut berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Oleh itu, beliau telah memberikan hadiah yang bernilai kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan lalu Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda



BAB 4
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Hormat-menghormati
Sikap ini seharusnya ada dalam diri seseorang individu bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham sesuatu pihak dengan pihak yang lain
Kesungguhan
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh seorang budak lelaki demi menyelamatkan Singapura daripada serangan Todak peru dicontohi
Kesetiaan
Kesetiaan rakyat terhadap Raja pada zaman dahulu sangat tidak berbelah bagi sehingga sanggup melakukan suruhan Raja dengan membunuh orang yang tidak bersalah



BAB 5
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Bijaksana
Tun Perak turut membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali supaya setiap lelaki yang berperang akan terus bersemangat untuk mempertahankan anak isteri mereka
Pengorbanan
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Melaka yang ketika itu rakyatnya berpecah kerana ada yang berpihak kepada Tun Kuda, dan selebihnya berpihak pada Seri Nara Diraja
Kebolehan
Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam manakala Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati



BAB 6
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Nilai kesetiaan
Hang Tuah setia kepada Sultan Mansur Syah
Nilai menepati janji
Sang Aji Jaya Ningrat memberikan jawatan kepada penyadap seperti apa yang dijanjikan
Nilai ketegasan
Sultan Mansur Syah menunjukkan ketegasan untuk berkahwin dengan Puteri Raden Galuh Cendera Kirana. Beliau menghantar rombongan meminang ke Majapahit dan pembesarnya menunjukkan kebijaksanaan sehingga mereka Berjaya berkahwin
Nilai kebijaksanaan
Tun Perpatih Putih meminta agar sayur kangkung dihidangkan kepada raja China tidak dikerat agar raja China itu akan mengakat mukanya semasa makan dan mereka dapat melihat wajahnya



BAB 7
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Nilai kesetiaan
Walaupun Hang Tuah pernah ‘dibunuh’ oleh Sultan Mansur Syah, tetapi dia tetap menurut perintah raja apabila diarahkan menewaskan Hang Jebat. Padahal Hang Jebat mahu menuntut bela ke atas pembunuhan Hang Tuah
Kerajinan
Sultan Mansur Syah dan pembesar diraja berguru dengan Maulana Abu Bakar belajar tentang Kitab Duri’l Mazlum
Kejujuran
Seri Nara Diraja Jujur dan berterus-terang kepada Sultan dengan memberitahunya bahawa Hang Tuah masih hidup



BAB 8
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Nilai kesetiaan
Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula
Baik Hati
Sultan Mansur Syah mengambil berat terhadap masa depan anaknya sehingga beliau menulis wasiat sebelum meninggal dunia yang penuh dengan nasihat buat anaknya, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
Kesungguhan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah yang tekad mengatasi jenayah mencuri yang sering berlaku di kawasannya



BAB 9
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Nilai kesetiaan
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah
Nilai kasih sayang
Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah



BAB 10
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Menepati janji
Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya
Nilai kasih sayang
Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda
Nilai kebijaksanaan
Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi



BAB 11
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Nilai kepatuhan
Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut
Nilai kasih sayang
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah



BAB 12
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Nilai keagamaan
Sultan Mahmud dan Tun Mai Ulat Bulu mempelajari soal agama dengan Maulana Sadar Jahan yang telah datang ke Melaka
Tolong menolong
Bendahara Seri Maharaja telah menghulurkan bantuan untuk membantu negeri Melaka daripada diserang oleh orang Peringgi
Kesetiaan terhadap raja
Orang Kaya Tun Muhammad sanggup datang ke Pasai untuk merujuk soal agama seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mahmud dan Tun Hassan telah membantu dalam menyelesaikan perkara tersebut



BAB 13
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Ketidakadilan golongan diraja
Seperti Sultan Ahmad Syah yang tidak adil dalam memerintah negeri Melaka setelah mengantikan kedudukan ayahnya
Tidak amanah
Berlakunya amalan rasuah diantara golongan pembesar sehingga berlakunya pembunuhan seperti pemberian hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan Sultan Mahmud membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana dikatakan hendak menderhaka



BAB 14
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Pegangan hidup
Orang Melaka telah membaca Hikayat Muhammad sebelum mulakan peperangan dengan orang Peringgi
Kasih sayang
Perasaan kasih dan sayang Tun Fatimah terhadap anaknya dengan menamakan anaknya sebagai Tun Ali



BAB 15
NILAI DAN PENGAJARAN
CONTOH
Kesetiaan dalam percintaan
Perhubungan percintaan antara Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan Raja Kesuma Dewi
Nilai kerjasama
Antara golongan atasan dan golongan bawahan untuk merancang strategi peperangan apabila diserang negeri lain