Raja Iskandar
Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi
tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja Iskandar
Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan
mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran, iaitu keturunan
Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin
menyerang China untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga
Negara dalam perjalanannya ke China dan telah berjaya menewaskan Raja Gangga
Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja
Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja
Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang Kiu. Apabila Raja Suran berada
di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang
tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah
kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran
turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan
Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga
orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja
Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan
Pages
- HOME
- CERMIN ADAB
- BAB 1
- BAB 2
- BAB 3
- BAB 4
- BAB 5
- BAB 6
- BAB 7
- BAB 8
- BAB 9
- BAB 10
- BAB 11
- BAB 12
- BAB 13
- BAB 14
- BAB 15
- TOKOH
- TEMA & PERSOALAN
- WATAK & PERWATAKAN
- LATAR
- NILAI & PENGAJARAN
- PERANAN DAN FUNGSI
- TEKNIK
- UNSUR UNSUR PENGETAHUAN
- UNSUR-UNSUR
- MITOS & LAGENDA
- TEKS-TEKS SEJARAH MELAYU
- PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU
Sunday, 25 March 2018
BAB 2
Anak-anak Raja
Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama,
dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki
lembu putih. Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu
malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya
menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa. Daripada peristiwa itu, telah
terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.
Lembu putih yang dinaiki oleh anak-anak Raja Suran telah memuntahkan buih lalu
keluarlah seorang lelaki yang diberi nama Batala. Nila Pahlawan menjadi raja di
Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura manakala Nila
Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama atau Seri Teri Buana
ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi ayahnya Demang Lebar Daun mahu
berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga
perhubungan di antara raja dengan rakyat. Maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna
Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya itu tidak kedal
(penyakit gatal-gatal). Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di
Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana
kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan dan Seri: Teri
Buana terlihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Walau
bagaimanapun, kenaikan(bahtera) Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan
ke Temasek dan ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Setelah itu, Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama
Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja
Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
BAB 3
Seri Teri Buana menghantar
rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk
anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Setelah Seri Teri Buana mangkat dan diganti
oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira
pula melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri,
Penghulu Bendahari, dan hulubalang. Dalam pada itu, Betara Majapahit telah
menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa
panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti
subang". Setelah utusan itu tiba, Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap
dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepala seorang budak dan
beliungnya dihantar ke Majapahit. Hal ini mengakibatkan terjadinya peperangan
di antara Singapura dan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah. Kemangkatan
Paduka Seri Pikrama Wira menyebabkan Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura
dengan gelaran Rakna Wikrama.
Antara lainnya, Badang telah menahan lukah tetapi
ikannya dimakan oleh hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu
itu telah meminta Badang untuk melepaskannya dan segala permintaan Badang akan
ditunaikan. Oleh hal yang demikian, Badang telah meminta kekuatan dan tetapi
Badang perlu memakan muntah hantu itu. Badang telah menjadi kuat dan dapat
menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang turut berjaya mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija
Niakra dan hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak
tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu
terjadi permusuhan pada kemudian hari. Setelah Seri Rakna Wikrama mangkat,
takhta baginda digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan berasa hairan kerana selalu mendapat cacing
gelang-gelang. Apabila direbus, cacing gelang-gelang tersebut bertukar menjadi
emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu telah melarikan diri
ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat
tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya. Merah Silu telah
bermimpi bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat
Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang
datang ke Semundra. Fakir Muhammad telah mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri,
Haru, Lamiri, dan Perlak serta berjumpa Merah Silu di pantai lalu mengislamkan
beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh
telah dikurniakan dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan
Maliku'l-Mansur. Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai dan Sidi Ali
Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Ketika Sultan Maliku's-Salleh gering,
baginda telah mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan
Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Dalam pada itu, Raja
Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di
dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja
Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk
membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din turut berusaha untuk
menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Oleh itu, beliau telah
memberikan hadiah yang bernilai kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja
Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali
Ghiatu'd-Din sebagai balasan lalu Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai
daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Setelah itu Raja Pasai
dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan
Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan
Maliku'l-Mansur telah mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang
ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan
berusaha untuk menangkapnya. Oleh hal yang demikian, Sultan Maliku't-Tahir yang
menggunakan tipu muslihat dan berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur manakala
Sidi Asma Yaumi'd-Din telah dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut
manakala Sultan' Maliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung. Sultan
Maliku'l-Mansur telah terjumpa kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta
badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian
dikebumikan di Padang Maya. Kemudian, Sultan Maliku't-Tahir telah menjemput
Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda amat menyesal bermusuh-musuhan
dengan saudara sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma
Yaumi'd-Din.
BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai berkunjung ke Singapura.
Apabila beliau lalu berhampiran istana raja, beliau telah menilik batang pinang
sehingga terbelah dua. Oleh itu, Paduka Seri Maharaja murka akan Tuan Jana
Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian serta
ilmunya itu di hadapan isteri baginda lalu Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya
ghaib ke Langkawi. Oleh hal yang demikian, ikan todak telah menyerang Singapura
dan ramai rakyat terkorban. Seorang budak lelaki telah mencadangkan agar
digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan gagasannya
menghasilkan kejayaan. Walau bagaimanapun, budak itu dibunuh kerana disangkakan
akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti. Paduka Seri Maharaja mangkat
dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah. Antara lainnya, anak Sang Rajuna Tapa
telah difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja
Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa berasa marah akan tindakan Raja
Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit. Peperangan berlaku dan Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit
lalu Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa
dan isteri telah bertukar menjadi batu. Kemudian Raja Iskandar Syah berjaya
menemui beberapa tempat seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar Syah
membuka Melaka berdasarkan suatu peristiwa iaitu seekor pelanduk putih telah
menendang anjing perburuannya. Peristiwa
itu dilihat baginda sewaktu berehat di bawah pokok Melaka. Raja Iskandar Syah
mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Raja Muda. Raja Muda mangkat
dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil
Besar selepas kemangkatan Raden Tengah. Kedatangan Syed Abdul Aziz ke Melaka
telah mengislamkan penduduk Melaka. Sultan Muhammad Syah telah menetapkan satu
adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar
istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan
lagi pentadbiran Melaka. Dalam pada itu, Mani Purindan telah ke Melaka dari
benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari lalu dikurniakan dua orang
anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan
Tun Ratna Wati dan dikurniakan seorang anak iaitu Raja Kassim. Kemudian Sultan
Muhammad Syah turut berkahwin dengan anak raja Rekan, serta dikurniakan seorang
anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim
diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara Raja Kassim
diusir daripada istana. Raja Kassim kemudian menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat
dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan
takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim
telah ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah dan Bendahara
Seri Wak Raja telah membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak
menyukainya. Oleh yang demikian, Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi
Bendahara, manakala Tun Perak iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di
Kelang.
BAB 5
Sultan Muzaffar Syah
telah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak turut membawa
angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Manakala Awi Cakri pula
telah menyerang Melaka tetapi beliau tidak dapat menewaskan Melaka. Setelah
itu, Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga dilantik menjadi
menteri. Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak kepada Seri Nara
Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan hal ini membimbangkan Sultan
Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan
diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Melaka.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakala Tun
Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari. Siam
telah menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak
kemudian meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai
menyebabkan Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam manakal Tuan
Saidi Arab telah memanah Cau Panden dari Melaka dan Cau Panden yang
hendak menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan
takhtanya digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Sultan Mansur Syah. Sultan
Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang
InderaPura. Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura telah ditangkap dan
puteri baginda iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan
Mansur Syah. Setelah itu, Sultan Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat
dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya
sehingga mengagumkan raja Siam manakala Tun Telanai dan Menteri Jana Putera
juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang
musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
BAB 6
MALANG MEMBAWA TUAH
Seorang penyadap
telah menjumpai seorang budak yang hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya. Patih
Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami
agar dapat menjadi Betara Majapahit. Dalam pada itu, penyadap turut membayangkan bahawa Ki Mas Jaya akan
menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria
Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.
BAKAL RATU MAJAPAHIT
Pada hari
pemilihan calon suami, maka Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya
sebagai suami. Oleh hal itu, penyadap
mula menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya
Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada dan satu jawatan
baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara
dan diberikan kepada penyadap.
MENJALIN MUHIBAH MELAKA-MAJAPAHIT
Sultan Mansur
Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya
Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan Melaka telah sampai ke
Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaiannya. Tun Bija Sura turut dapat menyelamatkan keris,
mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan
menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Akhirnya, Sultan
Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.
HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Antara lain,
kuda Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah turut difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan
Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, Seri Nara Diraja telah
menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun. Dalam pada itu, orang-orang Melaka
yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah
makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.
PERHUBUNGAN DENGAN NEGERI CHINA
Raja benua China
telah menghantar utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan.
Dihantarkan juga hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang
sarat dengan jarum. Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai
balasan Tun Perpatih Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China.
Dia membawa sagu rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil
sebiji seorang dari rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan
kebesaran negeri Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai
menantunya. Untuk melihat Raja China, Tun Perpatih meminta dihidangkan sayur
kangkung yang dipotong panjang-panjang. Untuk makan dibimbit hujung kangkung
itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat Raja China yang berada di atas kerusi
dalam mulut naga pada mungkur kacanya. Raja China meminta Sultan Mansur datang
ke China bagi dikahwinkan dengan puterinya. Tun Perpatih Putih menyatakan
Sultan tidak dapat datang kerana ada permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya
puterinya itu dihantarkan ke Melaka.
PUTERI RAJA CHINA KE MELAKA
Puteri Hang Liu
pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun
Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China.
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja
Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.
KEDAL KERANA TULAH
Di samping itu,
Raja China telah mendapat sakit kedal dan setelah disembah oleh Sultan Mansur
Syah maka ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh
daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki
raja Melaka.
BAB 7
PERTARUNGAN
HANG TUAH-HANG JEBAT
Hang Jebat
mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah.
Sultan Mansur Syah terkenang akan Hang Tuah kerana tidak ada sesiapa yang
berjaya serta mampu menewaskan Hang Jebat. Oleh hal yang demikian, Seri Nara
Diraja menjelaskan kepada raja bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah
dibawa pulang. Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh
Hang Jebat. Hasil kejayaan itu, Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh
Sultan Mansur Syah.
ISTANA SULTAN
MANSUR SYAH TERBAKAR
Sultan Mansur
Syah telah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan
banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara
agar membuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.
RAMALAN
BENDAHARAN PADUKA RAJA
Seri Nara Diraja
sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja untuk menjaga anak-anaknya dan
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun
Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghulu Bendahari
manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
AKIBAT TIADA
MENYEMBAH KE MELAKA
Dalam pada itu,
Melaka kemudian menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara
Diraja manakala Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.
SESUDAH
KAMPAR, SIAK PULA
Seterusnya,
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh
oleh Akhtiar Muluk manakala Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara berjaya
ditawan. Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi
dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan
Ibrahim.
DITOLAK BUMI
MELAKA
Raja Muhammad
telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga
yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah
Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Oleh
sebab itu, Sultan Mansur Syah telah merajakan Raja Muhammad di Pahang
memandangkan tiada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
DISURUH MEROMPAK KE UJUNG TANAH
Semerluki jatuh
hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng
Majiko menyuruh Semerluki untuk merompak dan mencari perempuan di Ujung Tanah.
Semerluki telah merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah
lalu menyuruh laksamana menghalang Semerluki. Maka orang-orang Melaka berperang
dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka terbunuh. Walau bagaimanapun,
laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
KITAB DURI'L MAZLUM
Dalam pada itu,
Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan
ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum itu kitab itu
dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah turut menyuruh Tun Bija
Wangsa ke Pasai bagi merujuk masalah agama serta masalah itu diselesaikan oleh
Makhdum Mua.
BAB 8
RAJA CEMPA
DAN ZURIATNYA
Suatu hari, Raja
Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau
Gelang. Setelah Raja Cempa mangkat, Pau Gelang telah dilantik sebagai raja
Cempa. Cucu Pau Gelang pula berkahwin dengan puteri Majapahit, Raden Galuh
Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah. Pau Kubah telah tewas
berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke
Melaka. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal
Abidin berjaya menaiki takhta semula. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin
enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja lalu pulang ke
Melaka dengan rasa kecewa.
GEMA
PERISTIWA RAMPAS KUASA DI PASAI.
Dalam pada itu,
laksamana telah mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi
Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murka akan Bendahara tambahan lagi
Laksamana mula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Hal ini berbeza
kerana Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana
mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa
Bendahara untuk memohon maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di
Melaka.
WASIAT SULTAN
MANSUR SYAH.
Sultan Mansur
Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.
Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran
Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Wasiatnya adalah:
- Dunia tidak kekal, setiap yang hidup
akan mati.
- Iman yang sempurna dan pekerti yang baik akan
kekal disebut orang.
- Hendaklah adil.
- Jangan mengambil hak orang tanpa izin.
- Jangan lalai dari tugas (dihadap orang).
- Setiap kesukaran atau kesakitan
hendaklah ditolong.
- Setiap yang teraniaya disiasat.
- Muafakat dengan menteri dan orang besar.
- Patuh pada wasiat supaya dapat berkat.
LANGKAH
MEMBASMI PENCURI.
Sewaktu
pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, Melaka telah diancam oleh pencuri
sehingga baginda bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri
tersebut. Temenggung Seri Maharaja turut bertindak keras dengan mengetatkan
undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah melaksanakan undang-undang terhadap pencuri.
Kesalahan mencuri akan dikudungkan tangan manakala di simpang empat di tengah
negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
AKIBAT SALAM
DIBACAKAN SEMBAH.
Raja Pahlawan
dari Haru telah mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut
'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat
telah berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau
bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
GEMA
PEMBUNUHAN TELANAI TERENGGANU
Antara lain,
Raja Maluku dan Telanai Terengganu telah datang ke Melaka. Selepas Telanai
Terengganu pulang, Sultan Muhammad iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja
membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah telah mendapat tahu berkaitan perkara itu lalu
menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad
membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga
ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu dan Laksamana Hang Tuah ke Pahang serta menyuruh
orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya
tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan
mengatakan Telanai Terengganu telah berlaku biadap.
BAB 9
Tun Jana Pakibul telah membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka lalu Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat Syah jatuh gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah. Apabila Bendahara Paduka Raja meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih. Suatu hari, Sultan Mahmud Syah telah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan Mahmud Syah turut mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Disebabkan hal itu, Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud turut menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala Seri Maharaja menyerang Kelantan dan kedua-dua serangan itu berhasil memperoleh kejayaan.
BAB 10
Bendahara Putih
mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan
Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Manakala kedatangan Patih Adam
dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin
berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji
daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun
Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya,
Sultan Mahmud telah menitahkan agar dipinangkan Puteri Gunung Ledang. Tun
Mamad, Laksamana, dan Sang Setia berangkat ke Gunung Ledang. Tun Mamad telah
berjumpa dengan Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung
Ledang itu lalu seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan
syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu
kepada Sultan Mahmud, maka Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang
Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda.
Orang-orang Melaka pula telah menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai
hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa
pulang ke Inderagiri. Dalam pada itu, Hang Nadim telah diarahkan ke benua
Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak
kain dikagumi. Hang Nadim kemudian pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali. Oleh
hal itu, Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa
balik kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh
Laksamana Khoja Hassan.
BAB 11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Walau bagaimanapun, Laksamana Khoja Hassan ke Pahang serta melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Oleh hal itu, Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Maka Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas arahan raja Siam. Oleh hal yang demikian, maka Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka telah menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang walau bagaiamanapun, Pahang tidak dapat ditewaskan. Antara lain, Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara dan Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat. Dalam pada itu, kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi telah menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka. Suatu hari, Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Selain itu, Sultan Mahmud turut menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan
BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak
mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar
Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi
Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan
Sultan Mahmud. Oleh yang deemikian, maka Bendahara mengahwinkan anaknya dengan
Tun Ali. Hal ini mengakibatkan Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
baginda dapat melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi
rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak buah
Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di
Melaka. Oleh sebab itu, Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah serta
meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana
hari sudah petang. Nina Sura Dewana telah memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul dengan pantas
memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Oleh itu, maka Raja
Mendeliar turut memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu
bahawa Bendahara Seri Maharaja ingin menderhaka lalu Laksamana Khoja Hassan
memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara
kerana selama ini baginda memang telah berdendam dengan Bendahara kerana
Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung,
dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud manakala Paduka Tuan dilantik menjadi
Bendahara walaupun sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah
beliau sanggup menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Akhirnya, Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad
Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap
pilih kasih.
BAB 14
Peringgi mula menyerang Melaka di bawah
pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas
Melaka gagal. Orang-orang Melaka telah membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk
menaikkan semangat kerana mereka tahu bahawa Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka
sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud
akhirnya melarikan diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan
ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan
oleh Raja Muzaffar. Dalam pada itu, Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki,
iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Kemudian,
Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang serta berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah telah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Manakala Raja Omar iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin telah dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar telah menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar, baginda digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
Subscribe to:
Posts (Atom)